Sanusi ‘mengamuk’ pengundi minta duit (Video)
Sanusi ‘mengamuk’ pengundi minta duit (Video)
PADANG SERAI: Seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) menyelar golongan yang menuntut wang untuk pulang ke kampung halaman bagi tujuan mengundi.
Pengerusi PN Kedah Sanusi Md Nor, dalam ceramah kempen yang dirakam dalam klip video dimuat naik di TikTok, juga berkata, segelintir pengundi merungut dalam talian apabila mereka tidak mendapat elaun untuk mengundi.
Sanusi dirakam berceramah menyokong calon PN Azman Nasruddin pada pilihan raya Parlimen Padang Serai yang akan diadakan pada 7 Dis.
Beliau kelihatan berang terhadap pengundi yang meminta bayaran untuk pulang mengundi. Sebaliknya, katanya, penyokong Pakatan Harapan (PH) sanggup pulang mengundi dari sejauh Australia dan Amerika Syarikat.
“(Pengundi PH) tahu penting tanah ini untuk dikuasai,” katanya, menurut video itu.
“(Kita) kejar wakil rakyat, minta RM50, (ugut) tak mahu balik (mengundi) kalau tak diberi (wang). Memalukan!
“Satu keluarga berhabis RM40,000 pulang dari Australia untuk undi PH. Tak berkira pun.
“Patutlah kita dijajah teruk. Patutlah kemenangan kita (PN) dirampas begitu sahaja, kerana kita ini bangsa yang berkira.”
Sanusi menegaskan betapa pentingnya setiap undi dan meminta orang ramai agar tidak berkira untuk membelanjakan RM50 atau RM100 untuk pulang mengundi.
“Yang lawan kita, balik dari Taiwan, China, Singapura, Amerika Syarikat, Australia. Duit tambang, 10 sen pun mereka tak minta. Mereka balik undi Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam video itu.
Klip video itu dimuat naik di akaun TikTok @_bintmuhammad.
Pilihan raya Parlimen Padang Serai pada 7 Dis menyaksikan pertembungan enam penjuru, antara calon PN, PH, Barisan Nasional (BN), Pejuang, Warisan, dan seorang calon bebas. Bagaimanapun, Warisan mengumumkan ia enggan bertanding manakala BN memberi laluan kepada calon PH. FMT
[videopress 1qf5zW3e]Sanusi ‘mengamuk’ pengundi minta duit (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Azhar kosongkan kerusi Speaker
- Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Isnin – Anwar
- Tak salah pilih Watie – Shuib
- Dua lelaki ‘gatal’ ditahan cuba cabul pelancong [VIDEO]
- Kanye West bangga video seks dengan Kim Kardashian
- Shah Rukh Khan tunai umrah
- Jangan ulangi lantikan menteri kewangan tidak kompeten seperti 22 bulan lalu
- Setahun jadi doktor palsu lakukan pelbagai pembedahan akhirnya ‘kantoi’
- Keluarga Pengantin Perempuan batalkan perkahwinan kerana gagal dapat geran rumah [VIDEO]
- Pemain JDT tolak panggilan skuad Harimau Malaya, ‘mereka bukan mesin’ – TMJ
- Serangan buaya, bapa parah anak hilang
- Rogol remaja, Ustaz Fathi Na’im didakwa lagi
- Najib masuk HKL
- Giliran Ronnie Liu mohon maaf pada BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?