COVID-19: Tahap Waspada Rendah Boleh Wujudkan Varian Berbahaya – WHO

COVID-19: Tahap Waspada Rendah Boleh Wujudkan Varian Berbahaya – WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran, kesilapan dalam strategi menangani COVID-19 tahun ini bakal mewujudkan keadaan sempurna untuk varian baharu berbahaya muncul.

Amaran itu dikeluarkan ketua pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus sekali gus mengubah nadanya beberapa bulan lepas bahawa dunia boleh menamatkan wabak itu.

Katanya, WHO menyifatkan dunia semakin hampir untuk menyatakan bahawa fasa kecemasan pandemik telah berakhir, namun fasa tersebut masih belum tiba.

Agensi kesihatan global itu menganggarkan kira-kira 90 peratus penduduk dunia kini mempunyai beberapa tahap imuniti terhadap COVID-19 sama ada disebabkan oleh jangkitan atau vaksinasi sebelumnya.

Jelasnya lagi, jurang dalam ujian saringan dan vaksinasi boleh mewujudkan keadaan sempurna untuk varian baharu yang menyebabkan kematian ketara muncul.

WHO menggesa kerajaan di seluruh dunia memberi tumpuan kepada mereka yang berisiko, seperti orang yang berumur lebih 60 tahun dan yang mempunyai penyakit kronik untuk divaksinasi.

COVID-19: Tahap Waspada Rendah Boleh Wujudkan Varian Berbahaya – WHO

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker