Ras Adiba akan minta kerjasama syarikat e-panggilan cari Zalina

SHAH ALAM: Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Ras Adiba Radzi akan mendapatkan kerjasama daripada syarikat e-panggilan bagi membantu usaha pencarian rakan baiknya Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman.

“Saya bersama suami dan beberapa sahabat ada berusaha dengan cara tersendiri bagi mencari Zal (Zalina Shaharah) tetapi selepas ini saya akan bersama syarikat e-hailing untuk mereka menguar-uarkan mengenai kehilangannya,” katanya kepada Bernama dan TV3.

Beliau ditemui ketika melakukan lawatan ke rumah bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen itu di Seksyen 3 di sini bersama Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim.

“Saya datang hari ini nak periksa sekiranya Zal ada pulang, tetapi ternyata rumah ini sama seperti yang mereka jumpa tahun lepas dan akan terus berdoa agar beliau masih selamat di luar sana,” katanya.

Ras Adiba berkata beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pagi tadi bagi memberikan sedikit informasi kepada pihak polis berkenaan wanita berusia 58 tahun itu dan berharap sahabat yang lain dapat juga memberi kerjasama agar dapat memberi jawapan mengenai kehilangan bekas rakan sekerjanya itu.

“Ramai yang cakap sudah terlalu lama (hilang) tapi bukan mudah untuk dapatkan jawapannya kalau ada orang hilang secepat mungkin tapi dengan sokongan semua, insya-Allah kita akan dapat sedikit maklumat di mana Zalina Azman berada dan bagaimana keadaannya.

“Sejak saya kenal dia dari awal 90-an beliau tidak ada sakit apa-apa. Memang sentiasa gembira tapi kita boleh lihat daripada gambar-gambar yang dikongsi nampak badannya telah susut.

“Jadi ramai yang tanya sakit apa, adakah dia dalam kegusaran tapi saya kata tidak tahu sebab saya pun dah lama tak bertemu beliau seperti sahabat-sahabat yang lain jadi mereka yang prihatin di luar sana bantulah sama-sama mencari Zalina Azman,” katanya.

Isnin lepas, Mohd Iqbal dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina Shaharah, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker