Pemimpin Umno akui lemah ‘pikat’ pengundi muda
Pemimpin Umno akui lemah ‘pikat’ pengundi muda
Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengakui kelemahan parti itu meyakinkan pengundi muda menjadi antara punca ia mencatat keputusan buruk pada PRU15.
Sehubungan itu, Jalaluddin Alias, yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata “post-mortem” sedang dilakukan untuk mencari strategi baharu bagi mengembalikan semula sokongan segmen berkenaan.
“Hasil daripada keputusan PRU lepas, tentunya Umno akan mengambil beberapa pendekatan baharu untuk memastikan pengundi muda akan kembali kepada perjuangan Umno,” katanya kepada FMT.
Mengulas dakwaan PAS bahawa Barisan Nasional (PN) yang ditunjangi Umno telah hilang taring kerana kemerosotan sokongan Melayu sejak tiga PRU lepas, Jalaluddin meminta parti itu memberi tumpuan kepada urusannya sendiri.
PAS mendakwa BN hanya mampu meraih 33% undi Melayu pada PRU15 berbanding 62% pada PRU13 dan 43% pada PRU14.
Parti itu berkata, wujud gelombang “tsunami” undi Melayu untuk Perikatan Nasional (PN) yang meraih 54% undi golongan itu berbanding 11% undi yang diperolehi Pakatan Harapan (PH).
Seorang lagi ahli MKT Umno Mohd Razlan Muhammad Rafii pula berkata, PAS sepatutnya menjelaskan sumber kewangan mereka ketika PRU yang dipersoalkan ramai berbanding menyerang Umno.
“PAS perlu cermin diri dan jawab video di media sosial yang tunjuk bahawa setiap markas dan pondok-pondok yang dibuka ini memberi duit kepada pengundi,” katanya.
PRU15 bulan lepas berakhir dengan keputusan yang mengakibatkan Parlimen tergantung buat julung kali dalam sejarah negara, dengan PH memenangi 82 kerusi dan PN menguasai 73 kerusi.
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan PH dan bertegas tidak akan bekerjasama dengan gabungan itu.
Selepas mesyuarat dengan Majlis Raja-raja, Agong melantik Pengerusi PH Anwar Ibrahim untuk mengetuai kerajaan perpaduan yang disertai BN, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Ia turut mendapat sokongan Ahli Parlimen Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan dua wakil rakyat bebas, yang menurut Anwar memberi kerajaan pimpinannya majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. FMT
Pemimpin Umno akui lemah ‘pikat’ pengundi muda
Baca Artikel Menarik:
- Azhar kosongkan kerusi Speaker
- Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Isnin – Anwar
- Tak salah pilih Watie – Shuib
- Dua lelaki ‘gatal’ ditahan cuba cabul pelancong [VIDEO]
- Kanye West bangga video seks dengan Kim Kardashian
- Shah Rukh Khan tunai umrah
- Jangan ulangi lantikan menteri kewangan tidak kompeten seperti 22 bulan lalu
- Setahun jadi doktor palsu lakukan pelbagai pembedahan akhirnya ‘kantoi’
- Keluarga Pengantin Perempuan batalkan perkahwinan kerana gagal dapat geran rumah [VIDEO]
- Pemain JDT tolak panggilan skuad Harimau Malaya, ‘mereka bukan mesin’ – TMJ
- Serangan buaya, bapa parah anak hilang
- Rogol remaja, Ustaz Fathi Na’im didakwa lagi
- Najib masuk HKL
- Giliran Ronnie Liu mohon maaf pada BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?