Harapkan air bersih, kerajaan Kelantan beri satu daerah satu lori tangki

Semua 14 daerah di negeri ini akan menerima lori tangki air apabila kerajaan negeri menambah lima lagi kemudahan itu.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, Datuk Azami Mohd Nor berkata, setakat ini sudah sembilan lori disediakan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk penduduk mendapat bekalan air bersih

Menurut beliau, anggaran pembelian kesemua lori ialah RM1.5 juta daripada keseluruhan RM58 juta peruntukan yang disediakan.

“Peruntukan itu juga digunakan untuk penukaran paip dan penyediaan kemudahan lain yang melibatkan bekalan air bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pondok Pasir Tumbuh, Kampung Terusan Limbat di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Tumbuh, Abd Rahman Yunus yang turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa berkenaan.

Selain itu kata Azami, kerajaan negeri melalui AKSB membelanjakan lebih RM11 juta bermula Julai 2020 hingga September lepas untuk membayar sewa 30 buah lori tangki air.

Azami memberitahu, semua usaha AKSB itu untuk memberi kemudahan air bersih kepada rakyat.

“Jadi tidak benar jika ada desas-desus kerajaan tidak mengambil perhatian mengenai masalah air bersih di negeri ini kerana perbelanjaan besar disediakan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 435 buah tangki statik ditempatkan di rumah penduduk dan tambahan akan dilakukan bergantung kepada keperluan semasa.

Sementara itu Azami memberitahu, AKSB menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada pihak pengurusan pondok berkenaan yang diwakili Setiausahanya, Ahmad Shairazi Atiqullah.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada 29 November lalu, sebanyak 10 rumah yang dihuni pelajar Pondok Pasir Tumboh hangus melibatkan 12 mangsa.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker