1,223 kenderaan guna lampu beacon, strobe haram kena notis JPJ

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan notis kepada 1,223 kenderaan di seluruh negara kerana penggunaan lampu ‘beacon’ dan ‘strobe’ secara haram bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim menerusi hantaran dalam laman sosial rasmi agensi itu, ia melibatkan sejumlah 2,319 notis berdasarkan aduan diterima berhubung isu penggunaan lampu mata arah atau beacon dan stroboskopik atau strobe oleh kenderaan persendirian tanpa kebenaran JPJ.

Beliau menjelaskan bahawa pemasangan dua jenis lampu berkenaan dikategorikan sebagai komponen aksesori berfungsi sebagai amaran khas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Lampu mata arah ujarnya, memancarkan cahaya berkelip yang berterusan sama ada warna biru, merah atau amber iaitu kedua-dua warna diletak di atas bumbung sesebuah kenderaan.

Sementara stroboskopik pula ialah sejenis lampu khusus warna biru menghasilkan pancaran cahaya pendek dan terang berterusan yang kelaziman ada dipasang di papan pemuka kereta.

Kedua-dua jenis tersebut kata beliau, bertujuan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya untuk memberitahu kehadiran kenderaan itu dan mendapatkan hak menyurai trafik di jalan raya.

“Bagaimanapun, hanya kenderaan jabatan atau agensi yang diwartakan di bawah akta tersebut sahaja serta terlibat secara langsung tugas kecemasan atau penguatkuasaan,” kata Zailani.



Tambah beliau, kebenaran itu meliputi ambulans, kenderaan bomba, kastam, polis, penjara dan JPJ yang dibenarkan bagi mendapatkan hak laluan di jalan dengan cara membunyikan siren.

Pemandu kenderaan terbabit jelasnya, turut boleh memasangkan hon dua nada dengan syarat mereka tidak pula memandu secara bahaya, cuai atau tiada bertimbang rasa ketika tugasan.

“Pancaran cahaya dan tatacara penggunaan dua jenis lampu ini juga boleh mengelirukan para pengguna jalan raya yang lain dan secara jelas dianggap melakukan kesalahan,” tambahnya dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menurut Kaedah 94, Kaedah Kereta Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 



Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!




Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker