Di Usia 72 Tahun, Bekas MB Pahang Adnan Yaakob Terima Ijazah Undang-undang

Di Usia 72 Tahun, Bekas MB Pahang Adnan Yaakob Terima Ijazah Undang-undang

Minat mendalam terhadap ilmu menjadi pendorong kepada bekas Menteri Besar Pahang ke-14 Tan Sri Adnan Yaakob untuk menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang pada usia 72 tahun.

Bukan sekadar tamat pengajian malah Adnan yang merupakan antara 414 graduan penerima ijazah dalam bidang itu hari ini pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ke-38, juga dianugerahkan Rector’s List kerana berjaya menampilkan prestasi cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.62.

Berkongsi perjalanan akademiknya, Adnan berkata walaupun beliau sudah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sastera daripada Universiti Malaya pada 1984, beliau bertekad terus mengejar ilmu dalam bidang perundangan pula.

“Ramai orang tanya saya mengapa saya sambung belajar, sebenarnya saya daripada kecil suka mencari ilmu pengetahuan. Itulah sebab walaupun sudah memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang sastera, saya masih berminat untuk melanjutkan pelajaran.

Sebenarnya saya pernah buat (belajar) undang-undang di sini pada 1984 dan saya termasuk dalam kelompok kedua jurusan ini, tetapi tidak tamat sebab saya dipanggil untuk bertanding pilihan raya pada 1986,” katanya kepada pemberita pada majlis konvokesyen itu di Dewan Utama Pusat Kebudayaan, UIAM dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adnan yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Pahang dari 1999 hingga 2018 itu berkata beliau seronok dikelilingi rakan-rakanya ketika sedang mengulang kaji pelajaran.

“Saya dapati belajar ini mudah walaupun saya sudah tua. Saya lebih suka dikelilingi oleh kawan-kawan saya. Semasa mereka datang minum kopi, semasa itulah saya belajar kerana ia lebih cepat untuk saya. Ramai orang agak hairan mengapa saya kalau tiada kawan, saya tidak boleh belajar,” katanya.

Menurutnya beliau berjaya menamatkan pengajiannya setelah tiga semester mengikuti pembelajaran secara dalam talian manakala selebihnya secara bersemuka dalam kuliah khas bersama pensyarah.

“Saya diberi tempat yang khusus untuk mengadakan sesi pembelajaran dengan pensyarah, tetapi, saya sempat berkenalan (dengan rakan sejurusan) lain melalui dalam talian. Semua pangkat anak-anak saya, ada yang panggil saya pak long, atok dan sebagainya,” katanya berseloroh.

Apabila ditanya adakah beliau mempunyai perancangan menceburi bidang guaman selepas ini, beliau berkata: “Saya bercadang begitu, besar kemungkinan saya akan buat ‘chambering’ di Kuantan, Insya-Allah,

Namun begitu saya kena tengok mungkin ada tawaran tertentu untuk melibatkan diri dalam bidang yang tertentu,” katanya.

Adnan menyertai politik pada 1969 dan telah memegang pelbagai jawatan antaranya Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong dan Ketua UMNO Bahagian Bentong pada 1987 sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999.

Beliau merupakan Menteri Besar Pahang yang paling lama berkhidmat iaitu selama 19 tahun sebelum melepaskan jawatan itu pasca Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.– BERNAMA

Di Usia 72 Tahun, Bekas MB Pahang Adnan Yaakob Terima Ijazah Undang-undang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker