PH Kelantan sedia kerjasama dengan BN hadapi PRN

PH Kelantan sedia kerjasama dengan BN hadapi PRN

Pakatan Harapan (PH) Kelantan sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tahun depan, seiring pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat pusat.

Pengerusinya, Muhammad Husain berkata kerjasama pada pilihan raya di DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai adalah satu permulaan positif untuk kedua-duanya bergabung di Semenanjung.

Beliau bagaimanapun berkata perbincangan rasmi antara PH dan BN Kelantan belum dibuat meskipun sudah ada pertemuan awal.



“Bila ada kerajaan perpaduan di Putrajaya maknanya negeri juga sedia bekerjasama.

“Politik lama tidak lagi boleh pakai, bertembung bergaduh, rakyat jadi muak. Kita perlu bina satu politik baharu khususnya di Kelantan,” katanya yang juga pengerusi Amanah negeri, kepada FMT.

Muhammad berkata pihaknya akan menjelaskan kepada akar umbi PH supaya mereka boleh menerima kerjasama dengan BN yang merupakan seteru utama sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohd Noor berkata pihaknya juga tidak menolak kerjasama PH dan BN.



“Setakat ini BN Kelantan belum ada apa-apa mesyuarat bersama pimpinan PH negeri.

“Tetapi kami tidak menolak kerana di peringkat pusat sudah bentuk kerajaan perpaduan bersama PH, GPS dan lain-lain parti,” katanya yang menyifatkan langkah itu sebagai mengekalkan kestabilan politik di negara ini.

Pada PRU15, PAS menyapu bersih semua 14 kerusi Parlimen di Kelantan. FMT

PH Kelantan sedia kerjasama dengan BN hadapi PRN




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker