Budak lelaki tembak ibu kandung larang beli set realiti maya

Budak lelaki tembak ibu kandung larang beli set realiti maya

Seorang budak lelaki berumur 10 tahun di Wisconsin didakwa melakukan pembunuhan selepas dia menembak mati ibunya, lapor saluran berita NBC.

Budak lelaki tersebut memberitahu polis bahawa dia berasa kecewa kerana ibunya tidak akan membenarkannya membeli set kepala realiti maya yang diiklankan di laman web peruncitan terkenal Amerika Syarikat (AS), Amazon.



Tembakan itu berlaku pukul 6.50 pagi waktu tempatan, 21 November lalu di blok 7400 North 87th Street, Milwaukee.

Selepas kematian ibunya, budak lelaki itu membeli Alat Dengar Realiti Maya Oculus dengan menggunakan akaun Amazon ibunya yang sudah meninggal dunia. Dia juga bertanya kepada neneknya sama ada bungkusan alat tersebut sudah sampai, demikian menurut kertas mahkamah.

Ibunya yang berusia 44 tahun dan dikenal pasti sebagai Quiana Mann ditembak mati pada jarak dekat.

Peluru tersebut menembusi mata kanannya dan keluar daripada belakang kepala mangsa.



Budak lelaki tersebut pada mulanya memberitahu polis bahawa ibunya membangunkannya pada pukul 6 pagi dan dia mengambil pistol dari bilik tidurnya dan pergi ke ruang bawah tanah tempat wanita berkenaan mencuci pakaian, kata aduan itu.

Bagaimanapun, dia secara tidak sengaja menembak ibunya. K Online

Budak lelaki tembak ibu kandung larang beli set realiti maya


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?



Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker