BN Sabah Dipinggirkan Dengan Pengumuman Kabinet Baharu- Bung

BN Sabah Dipinggirkan Dengan Pengumuman Kabinet Baharu- Bung

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menzahirkan kekecewaan terhadap pengumuman barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 8.15 malam yang menyaksikan tiada seorang pun Ahli Parlimen BN Sabah yang dilantik sebagai menteri penuh bagi mewakili negeri itu.

Keputusan Anwar itu, menurut Bung, seolah-olah meminggirkan BN Sabah yang mempunyai tujuh Ahli Parlimen selain menjadi penyokong terawal kepada pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-10.

 

“Pembentukan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan Persekutuan ini nampaknya menyaksikan Sabah dipinggirkan dalam perlantikan portfolio khususnya wakil daripada BN Sabah yang memberikan komiten awal bersama BN Pusat untuk menyokong Pakatan Harapan menjadi kerajaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

“Tiada seorang pun daripada tujuh Ahli Parlimen BN dilantik sebagai menteri penuh.

“Jumlah itu juga dilihat tidak seimbang berbanding negeri jiran, Sarawak yang mendapat lima portfolio termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kedua”, ujar Bung di dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Dalam pada itu, Bung turut berharap agar keputusan Anwar itu tidak bermaksud meminggirkan Sabah dalam aspek pembangunan terutamanya melibatkan hal berkaitan perlaksanaan projek infrastruktur di negeri tersebut selain mengingatkan kerajaan baharu itu agar mempercepatkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang tergendala sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018.

“Kita tidak mahu Sabah sekali lagi dipinggirkan dalam aspek pembangunan terutama pelaksanaan projek infrastruktur yang penting untuk kemudahan rakyat negeri ini.

“Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah umpamanya mesti diteruskan dan dipercepatkan. Kita tidak mahu melihat projek ini sekali lagi tergendala seperti yang berlaku ketika PH menjadi kerajaan pada 2018,” katanya.

Terdahulu, pengumuman kabinet Kerajaan Persekutuan yang baharu menyaksikan Sabah diberikan dua portfolio kementerian apabila Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta Datuk Armizan Mohd Ali sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak).

Pada masa sama, Sarawak masing-masing diberikan 5 portfolio kementerian melalui perlantikan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan Dan Komoditi, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Menteri Kerja Raya), Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat), Datuk Seri Tiong King Sing (Menteri Pelancongan), dan Datuk Ago Anak Dagang (Menteri Perpaduan Negara).

Pada PRU15, BN Sabah memenangi 7 buah kerusi Parlimen di negeri itu diikuti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (6), Pakatan Harapan (PH) (5), Parti Warisan (Warisan) (3), Bebas (2), Perikatan Nasional (PN) (1), dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (1). AA

BN Sabah Dipinggirkan Dengan Pengumuman Kabinet Baharu- Bung

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker