Zahid yakin Kerajaan Perpaduan mampu tangani cabaran

Zahid yakin Kerajaan Perpaduan mampu tangani cabaran

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hasil kerjasama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menangani cabaran mendatang demi kepentingan negara serta rakyat.

Pengerusi BN itu berkata, ia tanggungjawab yang sangat berat dalam suasana ekonomi dunia diramal amat mencabar tahun depan.



“Kita yakin Kerajaan Perpaduan yang terbentuk ini mampu menangani cabaran perlu ditempuhi demi kepentingan Malaysia dan rakyatnya.

“Namun dengan syarat semua pihak haruslah menghentikan provokasi dan tindakan untuk mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat.

“Usah diganggu ketenteraman dan perpaduan masyarakat serta usaha kerajaan untuk meningkatkan prestasi ekonomi negara selepas ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ahmad Zahid diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Beliau antara enam ahli parlimen dari BN dilantik sebagai jemaah menteri yang diumumkan Anwar menerusi Pengumuman Khas Kabinet Kerajaan Baharu yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Anwar atas kepercayaan kepadanya dan rakan dalam BN untuk berada dalam Kabinet.

“Tahniah diucapkan kepada semua yang terpilih dan semoga gandingan semua pihak ini akan menghasilkan kejayaan luar biasa kepada negara.

“Kita hentikan ketidakstabilan politik yang banyak merosakkan serta merencatkan kemakmuran Malaysia,” katanya. HM



Zahid yakin Kerajaan Perpaduan mampu tangani cabaran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’



Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker