Pentagon dedahkan China bakal miliki simpanan bekalan 1,500 senjata nuklear

WASHINGTON: China berkemungkinan mempunyai simpanan bekalan sebanyak 1,500 senjata nuklear menjelang 2035 sekiranya negara itu masih terus membangunkan senjata tersebut pada kadar semasa.

Dakwaan itu dibuat oleh Pentagon dalam satu laporan yang dikeluarkan semalam.

Angka tersebut meningkatkan kebimbangan Amerika Syarikat (AS) berhubung hasrat China untuk mengembangkan lagi keupayaan senjata nuklear, meskipun unjuran tidak menunjukkan bahawa Beijing sedang mempercepatkan pembangunan senjata nuklearnya.



Laporan itu yang merangkumi kegiatan pada tahun 2021, menyatakan China mempunyai simpanan bekalan lebih 400 senjata nuklear setakat ini.

Menurut pihak berkuasa, unjuran Pentagon bahawa China mempunyai sebanyak 1,000 senjata nuklear menjelang 2030 kekal tidak berubah.

Malah, jelasnya, unjuran bagi tahun 2035 adalah berdasarkan pada kadar pembangunan bekalan senjata pada rentak yang tidak berubah.

Sebelum ini, China memaklumkan bekalan senjata nuklearnya adalah lebih rendah berbanding AS dan Russia.



Beijing juga menyatakan pihaknya bersedia untuk mengadakan perbincangan hanya jika Washington mengurangkan bekalan senjata nuklearnya pada paras yang sama dengan China.

Berdasarkan laporan dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), AS mempunyai simpanan bekalan sebanyak 3,700 senjata nuklear yang mana kira-kira 1,740 sudah digunakan.

Sementara itu, seorang pegawai kanan pertahanan Amerika Syarikat (AS) berkata, negara itu mempunyai pembangunan senjata nuklear yang pesat dan terlalu besar untuk disembunyikan.

“Ia juga menimbulkan persoalan sama ada negara itu beralih daripada strategi yang dirujuk sebagai langkah pencegahan berkesan,” katanya dalam taklimat mengenai laporan tahunan Pentagon berhubung ketenteraan China. – REUTERS



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi



Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker