Virus purba berusia 50,000 tahun ditemui semula di Siberia

PARIS – Fenomena pemanasan global membawa kepada kemunculan semula virus purba daripada orang mati menerusi penemuan ‘virus zombi’ yang selama ini membeku.

Penemuan itu berlaku akibat pencairan ais di Hemisfera Utara Bumi, lapor akhbar Metro UK semalam.

Sepasukan saintis dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis (CNRS) menghidupkan semula beberapa virus yang ditemui untuk mengenalinya dengan lebih baik.

Sebanyak 13 virus beku telah ditemui dalam tujuh sampel berbeza dari permafros Siberia dan salah satu daripadanya berusia hampir 50,000 tahun.



“Kajian ini mengesahkan kapasiti besar virus asid deoksiribonukleik (DNA) yang menjangkiti Acanthamoeba (sejenis amoeba) untuk kekal berjangkit selepas lebih daripada 48,500 tahun berada di dalam permafros,” demikian menurut kajian yang diketuai oleh ahli mikrobiologi, Jean-Marie Alempic.

Kebanyakan virus yang ditemui dalam kajian itu dicadangkan adalah sebahagian daripada keluarga Pandoraviridae virus yang mempunyai DNA dua rantaian dan menjangkiti amoeba.

“Berapa lama virus ini boleh kekal berjangkit sebaik sahaja terdedah kepada keadaan luar (cahaya UV, oksigen, haba) dan kemungkinan besar ia akan menjangkiti perumah yang sesuai dalam selang waktu itu, masih mustahil untuk dianggarkan,” kata kajian itu.

Bagaimanapun, analisis yang lebih mendalam diperlukan untuk menentukan lebih banyak maklumat tentang virus. – Agensi



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker