‘Ladang’ Ganja Di Belakang Rumah, Bekas Diplomat, Anak Lelaki Ditahan [VIDEO]

‘Ladang’ Ganja Di Belakang Rumah, Bekas Diplomat, Anak Lelaki Ditahan [VIDEO]

BENTONG : Polis memberkas seorang bekas diplomat berstatus Datuk dan anak lelakinya kerana disyaki mengusahakan ladang ganja di belakang villa mereka, di Kampung Sum Sum, Janda Baik, di sini.

Dalam serbuan pertama pada Sabtu lalu, polis menahan diplomat berusia 78 tahun itu selepas polis menemui 102 pokok ganja pelbagai saiz setinggi dua meter di kawasan rumahnya, seluas 5,000 meter persegi, yang dianggarkan RM61,000.

“Polis turut menemui dua botol berisi cecair dipercayai minyak ganja yang dijual dengan harga RM250 sebotol dan 1.2 kilogram (kg) daun ganja kering. Saya rasa ini mungkin rampasan terbesar di Malaysia, melibatkan kes semaian atau tanaman yang hasilnya dijadikan minyak bagi kegunaan.

Dalam pada itu, Ramli Mohamed berkata, susulan penahanan diplomat itu, beliau berkata, polis kemudian menahan anak lelakinya yang berusia 53 tahun, kira-kira pukul 5.30 petang di rumahnya di Shah Alam, Selangor, pada Isnin kerana dipercayai turut terlibat menanam ganja.

Beliau memaklumkan, ujian saringan air kencing anak lelaki itu mendapati dia positif dadah.

“Semasa soal siasat salah seorang suspek mendedahkan aktiviti penggunaan beberapa titik cecair disyaki minyak ganja yang dicampur ke dalam minuman oleh pengguna, sejak tiga tahun lalu,” jelasnya.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, polis mendapati ladang ganja itu diusahakan sejak 2015 manakala benih semaian itu dkatakan diambil daripada ganja mampat.

Beliau memberitahu, bekas diplomat itu kini direman tujuh hari manakala permohonan reman terhadap anaknya akan dibuat pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6B ADB 1952.

Jika sabit dengan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.-HM

‘Ladang’ Ganja Di Belakang Rumah, Bekas Diplomat, Anak Lelaki Ditahan [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker