Didakwa dera anak tiri hingga mati

Didakwa dera anak tiri hingga mati

Kajang: Penganggur yang dipercayai mendera anak tirinya sehingga maut, minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, C Stephen Raj, 43, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.



Pengakuan tertuduh tidak direkodkan berikutan kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa berniat melakukan perbuatan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Sri Ramal, di sini, jam 11.33 malam pada 21 November lalu.

Kesalahan itu dibaca mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.



Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim manakala tertuduh diwakili, M Manoharan.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 10 Januari depan untuk tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera bapa tirinya di sebuah rumah di Taman Sri Ramal, di sini, pada 21 November lalu.

Kanak-kanak perempuan itu dilaporkan mengalami kecederaan di kepala akibat dihentak objek tumpul dan ususnya pecah selain terdapat kesan lebam di punggung, buah dada serta lengan mangsa.



Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang selepas tidak sedarkan diri jam 11.33 malam pada 22 November lalu sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Susulan itu, polis menahan bapa tiri mangsa di perkarangan Hospital Serdang jam 2.25 petang pada 23 November lalu.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek mengaku ada memukul anak tirinya itu termasuk menggunakan baldi di dalam tandas akibat marah pada mangsa yang sering membuat masalah di rumah ketika ketiadaan isterinya di rumah. HM

Didakwa dera anak tiri hingga mati




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?



Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker