Cikgu membebel murid Iphone 14 bila diambil rupa-rupanya..

Tangkap layar pita pembetulan yang disangka telefon bimbit model Iphone 14

PETALING JAYA – Menurut perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @cikgu_baby, ia memaparkan ragam guru sedang bergurau menegur pelajar kononnya membawa telefon bimbit ke sekolah sedangkan ia alat pita pembetulan.

Pita pembetulan (correction tape) yang berbentuk seakan-akan telefon bimbit model Iphone 14 menjadi bahan gurauan dalam kalangan tenaga pengajar dan pelajar di dalam kelas semalam.

“Dia (pelajar) membawa telefon bimbit Iphone 14 ke sekolah kononnya untuk hal kecemasan,” katanya di ruangan kapsyen video tular yang berdurasi 28 saat itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna berasa terhibur dengan perkongsian tersebut. Ada netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika berdepan situasi sama.



“Jika terdapat pemeriksaan secara besar-besaran, mesti mereka akan tertipu,” seloroh seorang pengguna.

“Saya juga pernah terkena rupa-rupanya pelajar itu membawa kalkulator tetapi menggunakan sarung (casing) telefon,” kata seorang pengguna lain.

Dalam pada itu, terdapat dalam kalangan pengguna yang bertanya di mana agaknya pelajar berkenaan membeli alat tersebut.

“Cikgu, tolong tanyakan dimana saya boleh mendapatkannya kerana mahu mengusik rakan,” tulis seorang pengguna.



“Benda ini boleh dibeli di kedai mana? Saya juga mahu mengusik (prank) cikgu,” kata seorang lagi warga TikTok.

Hantaran itu meraih sebanyak 2,000,000 tontonan dan 172,100 tanda suka setakat ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker