Tabung NGV lori meletup di stesen minyak, 2 cedera

Tabung NGV lori meletup di stesen minyak, 2 cedera

Seorang warga emas antara dua yang cedera selepas tabung gas asli (NGV) sebuah lori meletup di sebuah stesen minyak dekat Kawasan Perindustrian Dato Onn, Jalan Langkasuka di Johor Bahru.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Faiz Suleiman berkata, dua lelaki itu cedera terkena serpihan tabung NGV yang meletup itu kira-kira 12 tengah hari tadi.

Beliau berkata, rawatan diberikan kepada pemandu lori berusia 64 tahun itu yang cedera ringan di tangan, manakala pekerja stesen minyak berusia 57 tahun yang cedera, dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Katanya, sebuah teksi yang berada di stesen minyak itu, bangunan stesen minyak dan sebuah asrama pasar raya berdekatan turut rosak akibat letupan berkenaan.

“Selepas menerima panggilan kecemasan pada 12.05 tengah hari, 14 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Letupan berlaku ketika pengisian gas ke dalam tabung tong NGV itu.

“Seorang lagi pekerja stesen minyak, iaitu wanita berusia 37 tahun dilaporkan selamat, namun trauma,” katanya dalam kenyataan. FMT

Tabung NGV lori meletup di stesen minyak, 2 cedera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker