UMNO Batu desak Ketua Bahagian letak jawatan

UMNO Batu desak Ketua Bahagian letak jawatan

UMNO Bahagian Batu mendesak supaya penyandang Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Yahaya Mat Ghani berundur dengan melepaskan jawatan tersebut ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian itu, Mohd. Rodzi Tajuddin berkata, Yahaya yang Pengerusi BN Batu perlu mengambil tanggungjawab itu kerana telah mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tanpa menggunakan saluran parti dan mendapat restu ahli-ahli UMNO bahagian itu.



Tegas beliau, lebih memalukan apabila UMNO sudah tiga penggal kalah berturut-turut di Parlimen Batu di bawah Yahaya walapun Batu pernah menjadi kubu BN sebelum ini.

“Kami ingin mendesak Ketua UMNO Bahagian Batu dan juga Pengerusi BN Parlimen Batu meletakkan jawatan akibat gagal menjalankan tugas yang telah mengakibatkan BN Parlimen Batu kalah selama tiga penggal.

“Beliau juga membuat kenyataan mendesak Presiden UMNO juga perlu memohon maaf kepada Ahmad Zahid.

“Yahaya membuat kenyataan tanpa menggunakan saluran parti dan tanpa pengetahuan ahli-ahli UMNO Batu.



“Malah sepanjang beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Batu selama tiga penggal, kita gagal merampas kembali kerusi Parlimen Batu. Ini menunjukan beliau tidak mempunyai kompentesi dan bukannya menyuruh presiden parti meletak jawatan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Ramlan Salleh.

Mohd. Rodzi turut memberitahu, UMNO Batu kekal menyokong kepimpinan parti di bawah Ahmad Zahid dengan mengambil kira semua ahli perlu bersatu ketika ini.

Ujar beliau, ahli-ahli UMNO boleh menggunakan peluang untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin pada pemilihan parti yang akan diadakan dalam tempoh enam bulan akan datang.



“UMNO Batu turut mendesak presiden parti dan Majlis Kerja Tertinggi mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua-Ketua UMNO Bahagian atau pun pemimpin UMNO yang menghasut, memburukkan, membuat kenyataan tanpa kebenaran terhadap kepimpinan parti,” katanya.

Sementara itu, Ramlan berkata, pemimpin dan ahli UMNO sepatutnya mencontohi Pas yang menjadi pembangkang sebelum ini tidak pernah mendesak pemimpin mereka meletak apabila parti kalah dalam pilihan raya.

Namun kata beliau, UMNO yang baru menjadi pembangkang sebelum ini pula yang sibuk untuk menjatuhkan kepimpinan tertinggi parti.

“Saya sebagai timbalan Ketua Bahagian UMNO dan ahli parti tetap menyokong kepimpinan Ahmad Zahid,” katanya.



Pada PRU15, Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu selepas penyandang P. Prabakaran (PH-PKR) meraih kemenangan dengan menewaskan sembilan pencabarnya.

Prabakaran menang dengan majoriti 22,241 selepas mengumpul 45,716 undi keseluruhan, jauh meninggalkan pesaing terdekat Chua Tian Chang @ Tian Chua, iaitu bekas Naib President PKR yang bertanding atas tiket Bebas, yang hanya memperoleh 4,603 undi.

Lima pencabarnya yang lain terdiri terdiri daripada Naib Presiden MIC Datuk A Kohilan Pillay yang mewakili Barisan Nasional (BN-MIC) memperoleh 10,398 undi, manakala Azhar Yahya daripada Perikatan Nasional (PN-PAS) mendapat 23,475 undi, diikuti peguam Wan Azliana Wan Adnan dari Pejuang (849 undi), Naganathan Pillai (Warisan) memperoleh 575 undi, dan Mohd Zulkifli Abdul Fattah (Parti Rakyat Malaysia) mengumpul 137 undi.

Tiga calon Bebas iaitu peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, pempengaruh media sosial Nur Fathiah Syazwana Shaharudin @ Cleo dan Too Cheng Huat juga hilang wang deposit dalam cubaan mereka untuk merebut kerusi parlimen berkenaan. MG



UMNO Batu desak Ketua Bahagian letak jawatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker