Kerana bertubuh tinggi, Nur Syahirah sukar temui jodoh
Kerana bertubuh tinggi, Nur Syahirah sukar temui jodoh
Bertubuh tinggi lampai apatah lagi memiliki badan langsing sering dianggap kelebihan buat wanita, namun tidak buat Nur Syahirah Saufi yang tular di media sosial.
Wanita berusia 25 tahun ini mengakui kelebihannya yang satu itu ibarat ‘masalah’ kerana dia bukan hanya diejek dengan pelbagai gelaran, bahkan mengalami kesukaran mencari pasangan hidup.
Dilema Nur Syahirah berikutan ketinggiannya 186 sentimeter (sm), yang menyebabkan kebanyakan lelaki yang mahu didekati terkejut.
“Apabila saya mula berkenalan dan beritahu tinggi 186 sm, mereka terkejut. Ada okay, ada yang tak berminat, tidak kurang juga yang awal-awal beritahu hanya mahu berkenalan sebagai kawan sahaja, tidak lebih daripada itu.
Anak jati Kelantan itu berkata, dia bukanlah cerewet hingga enggan menerima calon suami pendek daripadanya, namun mempunyai cita rasa dalam memilih pasangan hidup.
“Boleh pilih lelaki rendah tapi tidaklah beza sangat (ketinggian), cuma itu pun susah juga.
“Bagi kebanyakan lelaki, 186 sm ini sangat tinggi untuk perempuan… kalau lelaki, itu normal,” katanya.
Bagaimanapun, Nur Syahirah tetap bersyukur dan reda dengan setiap ketentuan Ilahi.
Katanya, dia menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT dan berharap pasangannya nanti dapat menerima setiap kelebihan dan kekurangan dirinya.
“Misalnya, kalau jodoh saya itu lebih rendah (pendek) daripada saya, orang kata murah rezeki. Jadi, saya terima apa yang ditentukan Allah,” katanya.
Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan kisah Nur Syahirah dan tiga adik-beradiknya, Mohd Saiful Hakim, 29; Nur Syazwani Najihah, 15; dan Nur Syasya Nazifa, 13; yang tinggi lampai.
Ketinggian mereka yang berbeza daripada kebanyakan orang didorong genetik ibu, Rahimah Yunoh, 50, yang tingginya mencecah 171 sm.
Namun, di sebalik kelebihan itu, mereka turut mengalami sindrom Marfan yang sering dialami orang bertubuh tinggi, dengan risiko masalah jantung, paru-paru selain masalah rabun. HM
Kerana bertubuh tinggi, Nur Syahirah sukar temui jodoh
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan