Warga emas melecur akibat rumah terbakar

Warga emas melecur akibat rumah terbakar

Kuching: Lelaki warga emas melecur di dada dan tangan kanan ketika cuba menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam kebakaran rumah dua tingkat di Kampung Siol Kandis, Petrajaya di sini, hari ini.

Ketika kejadian, Harrylai Ludan, 72, berada di rumah bersama anak perempuannya, Eleanor, 22, yang tidak cedera.

Dua lagi ahli keluarga mereka, Stephen Ending Jawi, 56, dan isteri, Jayang Entre, 50, yang menyewa bahagian bawah rumah itu untuk mengusahakan kedai runcit, terselamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 9.12 pagi dan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi, dibantu BBP Padungan.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal, yang mana bahagian atas dijadikan tempat kediaman, manakala tingkat bawah kedai runcit.

“Kebakaran itu telah memusnahkan keseluruhan kediaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang melecur telah dibawa ke hospital menggunakan unit EMRS Bomba.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 9.44 pagi, sebelum operasi ditamatkan selepas keadaan selamat,” katanya yang memaklumkan punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. HM

Warga emas melecur akibat rumah terbakar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker