Saya bukan penyondol – Linda AF

Saya bukan penyondol – Linda AF

Penyanyi dan pelakon, Linda Nanuwil mendedahkan pernah didekati lelaki berstatus suami orang termasuk golongan kenamaan yang mahu menjadikannya sebagai isteri.

Bagaimanapun, bintang jelita ini enggan melayan dan cuba mengelak daripada terpikat dengan lelaki spesis ‘hidung belang’ kerana tidak mahu menjadi perampas sekali gus melukakan hati wanita lain.

“Memang ada suami orang yang mahu mengajak saya berkahwin, tetapi saya tolak cara baik kerana tak mahu dia berasa hati.

“Saya tidak berminat dengan suami orang. Selalunya, saya akan letakkan diri saya sendiri dalam sitausi isteri lelaki terbabit. Adakah saya rela bermadu?

“Saya memang tak suka berkongsi dan hanya mahu lelaki itu mencintai saya seorang sahaja,” katanya.

Mengulas statusnya sekarang, penyanyi yang namanya mula meledak menerusi lagu Jika Kau Kekasih ini mengakui sudah ada teman istimewa, namun, enggan mendedahkan butirannya.

“Ya saya sudah ada (teman istimewa). Dia bukan orang industri dan bukan suami orang…Saya bukannya ‘penyondol’.

“Cukup setakat itu sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut, kita sembang di kedai kopi,” ujar Linda sambil ketawa.

Bekas naib juara Akademi Fantasia musim kedua ini ditemui pada majlis pelancaran Muzikal Lantai T Pinkie di di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.

Sebelum ini, Linda atau nama sebenar, Norlinda Nanuwil, 39, pernah digosip sudah berkahwin dengan seorang VIP, namun, tampil menafikannya.

Dakwaan itu timbul selepas artis kelahiran Ranau, Sabah ini tiba-tiba hilang dari radar industri hiburan.

Menerusi pementasan berdasarkan karya agung milik Saterawan Negara (SN), Datuk Seri A Samad Said ini, Lantai T Pinkie menyaksikan Linda memegang watak sebagai Siti Udaya.

Berkongsi perasaan menbawakan watak penyanyi kabaret dalam muzikal arahan Dr Rosminah Mohd Tahir itu, Linda mengaku karakter itu memberi cabaran tersendiri buatnya.

“Sebelum saya terima tawaran ini, sudah tentu saya kena tahu apakah wataknya. Kalau kena menari sepanjang masa, memang tak bolehlah kerana saya memang ‘kayu’.

“Nasib baik watak yang ditawarkan adalah sebagai penyanyi. Cuma adalah kena menari walaupun tidak banyak. Selain kena menari dan berlakon, saya kena bermonolog. Jadi, itulah cabarannya.

“Jujurnya saya agak gusar juga nak berlakon teater. Kalau menyanyi, jika tak ingat lirik, kita boleh hulur mikrofon pada penonton untuk menyanyi bersama.

‘Tapi kalau di pentas teater saya lupa dialog, memang habislah,” katanya.

Muzikal Lantai T. Pinkie bakal menemui penonton selama tiga hari mulai 6 Oktober ini di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.

Selain Linda, naskhah terbitan CTRA Production ini menampilkan bakat baharu iaitu Zera Hariz, Faysal Saad sebagai teraju utama.

Pelakon lain adalah Nabila Huda, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Carolyne Kamba, Zaifri Husin, Serra Kamal dan Ewan Fauzi. BH

Saya bukan penyondol – Linda AF

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah

Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?

Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker