Empat petugas penyelamat antara lima maut runtuhan bangunan selepas kebakaran

BANGKOK: Lima orang termasuk empat anggota penyelamat sukarelawan maut selepas bangunan rumah tiga tingkat runtuh selepas musnah dalam kebakaran di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu di Boromratchonnanee Road, di daerah Thawi-Watthana, bahagian barat Bangkok, tujuh penghuni berjaya diselamatkan.

Menurut laporan media, anggota polis dan bomba bekejar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan dan mengambil masa sejam untuk memadam kebakaran.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, ketika usaha memadam selesai dan usaha menyelamatkan penghuni dijalankan, secara tiba-tiba bangunan itu runtuh.

Menurut laporan awal pihak berkuasa, lima mangsa ditemui mati di bawah runtuhan bangunan; empat daripadanya adalah anggota penyelamat dan seorang adalah pemilik rumah tersebut.

— BERNAMA

MIC rela berkorban kerusi apa salahnya UMNO juga berkorban dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker