Polis siasat 4 remaja perempuan bergaduh dalam video tular — MYKMU.NET

Polis siasat 4 remaja perempuan bergaduh dalam video tular



Sebaran :


Polis sedang mengesan empat remaja perempuan yang dilihat terbabit dalam pergaduhan menerusi satu klip video tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Zainuddin Md Yusuf dipetik Utusan Malaysia berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung pergaduhan itu.

Tetapi, katanya, berdasarkan maklumat diperolehi pihaknya, ia dikatakan berlaku di daerah itu dan mereka belum mengenal pasti identiti semua remaja terbabit.



“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dengan mengesan empat remaja yang dipaparkan dalam klip video tular itu,” katanya.

Dalam rakaman video selama 30 saat itu, tiga daripada remaja itu mengelilingi seorang mangsa, sebelum dua daripada mereka dilihat maki, menolak dan menyepak gadis terbabit berulang kali.

Bagaimanapun, mangsa tidak membalas dan sekadar mendiamkan diri.



Semua remaja perempuan itu didapati berbual dalam dialek Kelantan dan dipercayai rakaman itu bertujuan mengugut mangsa akibat rasa tidak berpuas hati terhadapnya. FMT


Sebaran :


Leave a Reply