Manusia Dijangka Boleh Tinggal Di Bulan Dalam Tempoh Terdekat-NASA
Manusia Dijangka Boleh Tinggal Di Bulan Dalam Tempoh Terdekat-NASA
MANUSIA dijangka boleh tinggal di bulan untuk tempoh yang lama dalam 10 tahun ini, kata seorang pegawai NASA kepada BBC.
Howard Hu, yang mengetuai program kapal angkasa Orion untuk agensi itu berkata, pelancaran roket Artemis yang membawa Orion Rabu lalu, adalah hari bersejarah untuk industri angkasa lepas.
Roket Artemis dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy sebagai sebahagian daripada misi NASA untuk membawa semula angkasawan ke satelit Bumi.
Ia susulan dua percubaan pelancaran sebelumnya pada Ogos dan September yang dibatalkan kerana masalah teknikal.
Jika penerbangan Artemis berjaya, penerbangan seterusnya akan membawa anak kapal, diikuti oleh penerbangan ketiga di mana angkasawan akan mendarat di bulan sekali lagi sejak Apollo 17 pada Disember 1972.
“Sudah tentu dalam dekad ini, kita akan melihat manusia hidup (di bulan). Mereka akan hidup, mempunyai habitat dan bebas bergerak.
“Jadi, ini bukan sahaja tentang menghantar orang ke bulan dan membawa mereka turun ke permukaan bulan,” katanya kepada BBC.
Tetapi pada akhirnya, projek itu adalah mengenai sains.
Antara faktor yang mendorong misi untuk kembali ke Bulan adalah untuk mengetahui sama ada terdapat air di kutub selatan satelit, kerana ia boleh ditukar bagi menyediakan bahan api untuk misi yang lebih sukar, seperti ke Marikh.
“Sangat penting bagi kita untuk belajar sedikit berkenaan luar orbit bumi dan kemudian mengambil langkah besar apabila kita pergi ke Marikh,” ujarnya.
Kapsul Orion akan kembali ke bumi pada 11 Disember.-BBC
Manusia Dijangka Boleh Tinggal Di Bulan Dalam Tempoh Terdekat-NASA
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan