Tayang kereta mewah, rumah besar taktik licik pelabur

Tayang kereta mewah, rumah besar taktik licik pelabur

Orang ramai terutama golongan remaja di­ingatkan supaya merancang kewangan secara bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang sering mena­yangkan simbol kekayaan palsu semata-mata mahu menarik minat mangsa.

Penasihat Kewangan, Shamsuddin Abdul Kadir berkata, skim pelaburan yang menawarkan pulangan besar dalam tempoh singkat kebiasaannya tidak boleh dipercayai dan ia adalah skim cepat kaya.

“Anak-anak muda perlu lebih berhati-hati sekiranya ada individu yang datang menawarkan pelaburan ‘pasti untung’, malah mereka menunjukkan simbol kekayaan palsu seperti kenderaan mewah dan rumah besar.

“Lebih 10 jutawan yang saya kenal tidak pernah menunjukkan kemewahan yang mereka miliki kerana orang yang rasa dirinya mahal tidak perlu menunjukkan kekayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sembang-Sembang Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022 di kawasan lapang Pantai Batu 1 di sini semalam.

Program Sembang-Sembang ASNB tersebut dihoskan oleh selebriti Sharifah Shahirah bersama seorang lagi panel iaitu Pengasas dan Pengerusi Alaminda Healthcare Berhad, Dr. Hazli Zakaria.

Program berkenaan telah dihadiri kira-kira 100 pelajar kolej dan sekolah.

Sebahagian pelajar yang hadir sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2022 di Port Dickson semalam.
Menurut Shamsuddin, terdapat enam jenis pelaburan yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu melalui bank atau institusi kewangan, anak syarikat bank, insurans atau takaful, pelaburan unit amanah serta koperasi.

Dalam pada itu, Shamsuddin juga memberitahu, hutang pula boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu hutang membuatkan seseorang semakin miskin dan hutang yang menjadikan seseorang semakin kaya.

“Hutang pinjaman ASB untuk pelaburan misalnya masih relevan kerana faedah daripada simpanan itu boleh memberikan pulangan tinggi dan sebaiknya faedah berkenaan dikumpulkan dalam tempoh 10 tahun.

“Hutang yang berisiko seperti pajak gadai dengan kadar faedah antara 9 hingga 24 peratus, manakala faedah kad kredit sehingga 18 peratus dan ia boleh meningkat dua kali ganda jika tidak dibayar dalam tempoh empat tahun,” ujarnya.

Sementara itu, Dr. Hazli memberitahu, masalah kewangan yang kronik boleh menjadi punca tekanan mental dan psikiatri kepada seseorang.

“Selain merancang kewangan dengan bijak, kita perlu menghargai diri secara berhemat sebagai salah satu bentuk semangat atas usaha atau kejayaan yang dilakukan,” kata beliau.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyasarkan lebih 150,000 pengunjung memeriahkan MSAM yang berlangsung sejak kelmarin sehingga 30 November ini di kawasan lapang Pantai Batu 1 di sini mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.

MSAM 2022 menyediakan pelbagai aktiviti hibur didik untuk disertai oleh masyarakat dari pelbagai bangsa dan usia.

Sebanyak 50 pempamer mengambil bahagian dalam program itu yang terdiri daripada syarikat-syarikat Kumpulan PNB, badan Kawal Selia serta agensi kerajaan dan swasta.

Lebih menarik, pelbagai ha­diah lumayan bernilai lebih RM1 juta juga disediakan untuk dimenangi oleh para pengunjung.

Antara hadiah utama yang disediakan adalah sebuah kereta elektrik Hyundai Kona Electric Lite, sebuah kereta elektrik To­yota Corolla Cross Hybrid Electric dan sebuah kenderaan pelbagai guna Perodua Alza 1.5 AV.

Hadiah menarik lain untuk pengunjung bertuah ialah sebuah motosikal Yamaha MT-25 dan motosikal Yamaha 135 LC FI serta pelbagai hadiah lain terma­suk barangan elektrik. K Online

Tayang kereta mewah, rumah besar taktik licik pelabur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker