Kerajaan Pimpinan Anwar Bukan Kerajaan Perpaduan, tapi Kerajaan PH – GERAKAN

Kerajaan Pimpinan Anwar Bukan Kerajaan Perpaduan, tapi Kerajaan PH – GERAKAN

Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah satu ‘Kerajaan Perpaduan’, tetapi ia lebih tepat ditakrifkan sebagai ‘Kerajaan Pakatan Harapan,’ kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Dominic Lau Hoe Chai.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Gerakan hari ini, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, Kerajaan Perpaduan sepatutnya merangkumi semua parti politik di negara ini.

“Pendirian bagi PN seperti dikatakan kepada Pengerusi PN, kita akan menjadi pembangkang di arena politik negara kita. Dan memang saya katakan bagi definisi kerajaan perpaduan itu adalah kerajaan yang merangkumi semua parti politik.

“Pada hari ini dengan jelas kita nampak ini Kerajaan Pakatan Harapan, bukan Kerajaan Perpaduan. Oleh itu, kita mainkan peranan pembangkang seperti dikatakan Muhyiddin, iaitu Pengerusi PN,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dominic berkata, culaan (pengiraan awal) menunjukkan hampir 34 peratus undi rakyat memihak kepada PN dan Gerakan kali ini.

“Dan sokongan yang meningkat itu kita rujuk kepada keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor, memang jika berbanding Pilihan Raya Umum, itu, sokongan itu jelas tidak menampakkan sokongan itu.

“Saya pun jelaskan semasa PRN Melaka dan Johor, kita memang menggunakan slogan bersih dan stabil, tetapi pada masa itu sokongan rakyat kepada PN tak tinggi.

“Tetapi kita tahu slogan ini, ideologi bagi PN iaitu Prihatin, Bersih, dan Stabil ini adalah ideologi terbaik sekali untuk rakyat, pilihan terbaik sekali untuk rakyat,” katanya lagi.

Dominic berkata, PN akan terus berpegang kepada visi dan slogan itu dalam usaha mengukuhkan jentera bagi menghadapi enam lagi Pilihan Raya Negeri pada tahun hadapan, iaitu untuk Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, dan Kelantan. AA

Kerajaan Pimpinan Anwar Bukan Kerajaan Perpaduan, tapi Kerajaan PH – GERAKAN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker