Bekas Anggota Spice Girls ‘Ginger Spice’ Terima Ijazah Kehormat

Terkenal dengan panggilan Ginger Spice, dia yang kini bergelar 'Dr Halliwell-Horner'

Bekas Anggota Spice Girls ‘Ginger Spice’ Terima Ijazah Kehormat

BEKAS anggota Spice Girls, Geri Halliwell-Horner menekankan betapa pendidikan adalah sesuatu yang memiliki kuasa yang sangat besar, ketika menerima ijazah kehormatnya.

Terkenal dengan panggilan Ginger Spice, dia yang kini bergelar ‘Dr Halliwell-Horner’, menerima ijazah itu pada majlis graduasi Universiti Sheffield Hallam, Selasa lalu.

Universiti berkenaan memaklumkan pemilihan Halliwell untuk menerima ijazah itu adalah sebagai mengiktiraf komitmennya dalam menjadi inspirasi kepada kanak-kanak dan golongan muda, memperjuangkan hak wanita dan kecemerlangan dalam industri muzik sejak 25 tahun lalu.

“Saya rasa Universiti Sheffield Hallam adalah sebuah institusi yang menakjubkan. Ia sangat pelbagai dan inklusif,” katanya.

“Apabila mereka menawarkan saya doktor kehormat ini, saya berbesar hati dan berterima kasih.

Halliwell, 50, juga menjelaskan biarpun dia tidak melanjutkan pelajaran ke universiti tetapi dia sangat gemar subjek kesusasteraan Inggeris semasa di peringkat A-Level, sebelum memilih “memulakan pengembaraan yang berbeza bersama Spice Girls”.

Penyanyi, penulis lagu, pengarang buku dan pelakon itu menempa nama sekitar era 1990-an bersama Spice Girls, dengan jualan album melebihi 100 juta unit di seluruh dunia.

Dia bagaimanapun mengundur diri dari Spice Girls pada 1999 untuk memulakan kerjaya solo.

Bekas Anggota Spice Girls ‘Ginger Spice’ Terima Ijazah Kehormat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker