Warga Emas Maut Dipercayai Disengat Tebuan

Warga Emas Maut Dipercayai Disengat Tebuan

MIRI: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan di Taman Bulatan Miri di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan mangsa dikenali sebagai Chin Tet Min @ Chin Tet Bui, 72.



Beliau berkata panggilan mengenai penemuan warga emas itu diterima pada 2.57 petang dan satu pasukan dari Balai Bomba Dan Penyelamat Miri Sentral digerakkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi melaporkan terdapat seorang lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan terbaring serta tidak sedarkan diri dikerumuni serangga itu yang masih berterbangan sekitar tubuh mangsa.

“Pihak bomba telah menjumpai satu sarang tebuan di atas sebatang pokok dengan anggaran ketinggian 70 kaki dari tanah,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya pihak bomba kemudian mengalihkan Chin menggunakan baju khas pelindung dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi mengesahkan mangsa yang tidak sedarkan diri itu sudah meninggal dunia.– BERNAMA

Warga Emas Maut Dipercayai Disengat Tebuan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker