Pemimpin UMNO desak Zahid letak jawatan perlu kembali ke pangkal jalan
Pemimpin UMNO desak Zahid letak jawatan perlu kembali ke pangkal jalan
Para pemimpin UMNO yang telah mendesak presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan perlu kembali ke pangkal jalan dalam usaha memperkukuhkan parti.
Gesaan itu dibuat oleh 130 ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh negara ekoran desakan pihak tertentu susulan kekalahan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah, mereka berlapang dada terhadap ketelanjuran pemimpin terlibat selama ini.
“Jadi, saya harap sahabat-sahabat yang sudah kona baring itu kembalilah. Kita hanya menang 30 kerusi Parlimen tetapi ada sesetengah pihak mendesak Presiden UMNO letak jawatan.
“Kami juga mengingatkan kepada kebiadapan MCA, MIC dan PBRS yang menggesa Datuk Seri Presiden berundur sedangkan mereka bertanding di kerusi majoriti Melayu.
“Tetapi mereka tersilap (desak letak jawatan). Silalah kembali dan berlapang dada bersama kepimpinan parti,” katanya yang mewakili keseluruhan ketua-ketua bahagian UMNO pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, lebih 90 ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh negara menyatakan sodariti kepada Ahmad Zahid ekoran desakan terhadap beliau untuk meletakkan jawatan.
Ahmad Zahid yang turut hadir pada majlis itu bagaimanapun, enggan mengulas kerana terpaksa bergegas ke Istana Negara bagi menyaksikan Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke-10.
Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, Ahmad Zahid mengingatkan agar seluruh pemimpin dan akar umbi UMNO untuk bersatu ekoran masalah melanda parti itu selepas PRU15.
“Itu pesanan beliau dalam pertemuan ketua-ketua bahagian UMNO sebentar tadi,” ujarnya. MG
Pemimpin UMNO desak Zahid letak jawatan perlu kembali ke pangkal jalan
Baca Artikel Menarik:
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
- MCA Mersing desak Ka Siong letak jawatan
- Umno Terengganu akan lapor SPRM untuk siasat sumber kewangan PN sepanjang PRU-15
- Tiada pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO Disember
- Siasat sumber dana Muhyiddin, SPRM digesa
- Anwar Ibrahim sah diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-10
- Ini sebab PN ditolak – Zahid
- Ketepikan sentimen, fikir masa depan negara – Johari
- PN tiba-tiba setuju dengan idea kerajaan perpaduan dengan PH
- DAP mohon maaf kepada GPS – Loke
- Hati-hati balasan masyarakat Dayak jika sokong Muhyiddin, GPS diberi amaran
- Takut tak dapat sokongan GPS, lagi pemimpin DAP mohon maaf
- Zambry ingatkan komponen BN: Jaga muafakat, adab
- Sabar saudara KJ, pemilihan dah tak lama – Zahid balas kritikan Khairy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar
Kami tak jual prinsip parti – Azalina
You must be logged in to post a comment.