Krisis Sabah: Selesai menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, muka Hajiji ada senyum

Ketua Menteri, Hajiji Noor meninggalkan istana negeri selepas pertemuan hampir sejam dengan Yang di-Pertuan Sabah.

Beliau memasuki istana pada 4.30 petang tadi, dipercayai untuk menyerahkan akuan bersumpah ADUN yang menyokongnya menerajui Sabah.

Hajiji melambai ke arah pengamal media sambil senyum, ketika keluar dari istana kira-kira 5.20 petang tadi.

Pertemuan itu berkemungkinan berkaitan dengan rombakan Kabinet Negeri Sabah yang dijangka pada Isnin ini.

Rombakan Kabinet itu dilakukan susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan daripada Hajiji semalam.

Hubungan kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-BN yang mula dibentuk sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020 akhirnya retak dengan tindakan BN menarik sokongan.

Namun, daripada 18 ADUN BN, hanya 13 menyokong tindakan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menarik sokongan daripada Hajiji manakala, lima ADUN BN yang lain masih kekal menyokong kerajaan diterajui Hajiji Noor.

Lima ADUN itu ialah Menteri Pembangnan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat); Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk James Ratib (Sugut); Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Yusof Yacob (Sindumin).

Rombakan yang berlaku itu dipercayai akan turut melibatkan penyertaan ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam Kabinet Negeri.

Antara nama yang disebut-sebut akan menyertai Kabinet Negeri adalah ADUN Api-Api, Datuk Christina Liew bagi menggantikan Setiausaha BN Sabah, Datuk Jafry Ariffin sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Sementara itu, ADUN Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon turut dikhabarkan bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sebelum ini, BN dan Warisan didakwa ingin bekerjasama bagi membentuk kerajaan baharu namun, ketika ini jumlah sokongan daripada kedua-dua parti itu masih belum mencukupi untuk merampas kerajaan

BERITA LANJUT MENYUSUL

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker