Jepun ‘mengganas’ benam Jerman di Qatar

Jepun ‘mengganas’ benam Jerman di Qatar

DOHA – Pasukan Jepun melakukan kejutan apabila membenam Jerman 2-1 sekali gus, meraih tiga mata penuh ketika menewaskan juara empat kali itu pada aksi pembukaan Piala Dunia Kumpulan E di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi.

Pasukan kendalian Hansi Flick yang turun untuk muncul juara ternyata tidak memandang mudah cabaran Jepun sekali gus memberi sepenuh tumpuan untuk mencari kemenangan pada aksi pertama itu.

Meskipun Jerman dilihat menguasai permainan, namun Jepun langsung tidak mengalah apabila berani melakukan asakan dan hampir membuka jaringan seawal minit ke-7 namun, jaringan Daizen Maeda dibatalkan selepas dikesan ofsaid.

Menyedari perlawanan itu berpotensi menjadi penentu impian Jerman untuk melangkah jauh di Piala Dunia, skuad Die Mannschaft terus melakukan asakan demi asakan untuk mencari gol pembukaan bagaimanapun percubaan awal perlawanan tersebut berjaya ditepis penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda.

Jerman akhirnya meraih gol pembukaan mereka pada minit ke-32 menerusi sepakan penalti, Ilkay Gundogan selepas penjaga gol Jepun, Gonda melakukan kesilapan menjatuhkan pemain pertahanan, David Raum dalam kotak penalti.

Jepun dilihat tertekan apabila Jerman terus melakukan asakan dan hampir menjaringkan gol kedua menerusi penyerang terbaiknya, Kai Havertz, namun terpaksa dibatalkan selepas dikesan Ofsaid.

Sebaik perlawanan bersambung separuh masa kedua, Jepun dilihat mengubah taktikal perlawanan namun, beberapa percubaan skuad kendalian, Hajime Moriyasu berjaya dipatahkan pemain pertahanan Jerman.

Ketika Jerman sedang mencari gol kedua mereka, Jepun melakukan kejutan apabila berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-74 menerusi Ritsu Doan sekali gus memberi tekanan kepada Jerman.

Lapan minit berselang, Jepun terus mengganas apabila berjaya meledak gol kedua mereka menerusi jaringan pemain gantian, Takuma Asano pada minit ke-83 menerusi hantaran jauh selepas dihadiahkan sepakan percuma.

Jerman yang semakin terdesak untuk memburu jaringan dan mula melancarkan serangan demi serangan, namun Jepun berjaya mengekang asakan tersebut dan mempertahankan kedudukan 2-1 hingga tamat permainan. K Online

Jepun ‘mengganas’ benam Jerman di Qatar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker