PN tawar BN PM ke-10

PN tawar BN PM ke-10

Perikatan Nasional (PN) didakwa menawarkan BN jawatan Perdana Menteri ke-10 sekiranya kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan perpaduan.

Memetik laporan sebuah portal berita, PN dikatakan menyokong sekiranya Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn dilantik ke jawatan tersebut.



Menurut laporan tersebut, ketika ini Majlis Tertinggi BN akan berbincang sama ada menerima tawaran PN atau Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan baharu.

Selain itu laporan tersebut turut memaklumkan, sumber daripada beberapa parti komponen BN turut mendedahkan keputusan mengenainya akan disampaikan kepada 30 ahli Parlimen BN esok, seterusnya perlu diterima.

“Kami telah memutuskan untuk bertemu di tempat berkecuali, bukan di halaman UMNO atau Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia),” menurut laporan itu.

Ketika ini Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sedang bermesyuarat bagi meneliti tawaran dan syarat dikemukakan bagi pembentukan kerajaan perpaduan, seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong. Sinar Harian



PN tawar BN PM ke-10


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak



Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker