Hantu pesakit berjalan menembusi pintu hospital selepas meninggal dunia
Hantu pesakit berjalan menembusi pintu hospital selepas meninggal dunia
Kakitangan sebuah hospital di Argentina terkejut dan mendakwa melihat seorang pesakit berjalan melalui pintu hadapan bangunan selepas dia disahkan meninggal dunia sehari sebelumnya, lapor akhbar Daily Star semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 3.36 pagi (waktu tempatan) pada 11 November lalu. Ia menakutkan kakitangan di Hospital Finochietto Sanatorium di Buenos Aires, Argentina.
Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), seorang pengawal keselamatan dilihat mengalu-alukan seorang pesakit wanita tua dan membawanya ke pejabat doktor untuk janji temu.
Pengawal keselamatan bukan sahaja membenarkan wanita tua itu masuk, malah dia dilihat berbual dengannya dan menawarkan kerusi roda. Wanita itu bagaimanapun dikatakan menolak dan masuk ke pejabat doktor dengan berjalan.
Beberapa jam selepas menyapa pesakit itu, penyambut tetamu bangun untuk memeriksa ke mana wanita itu pergi. Doktor bagaimanapun berkata, pesakit dengan butiran peribadi itu telah meninggal dunia pada hari sebelumnya.
Imej kejadian yang dikongsikan di media sosial membuatkan ramai pengguna turut ketakutan. Beberapa komen mencadangkan ia adalah hantu pesakit itu yang telah meninggal dunia.
Kejadian itu masih dalam siasatan pihak hospital. K Online
Hantu pesakit berjalan menembusi pintu hospital selepas meninggal dunia
Baca Artikel Menarik:
- Saarani kekal MB Perak, angkat sumpah hari ini
- Gabungan kerajaan negeri BN, PH di Pahang – sumber
- Khairy tewas PRU15, menang di hati rakyat
- SD tak sign lagi. Kita cuma borak-borak dengan PH – Ismail
- Gabungan politik dibentuk tak perlu libat DAP – Umno Johor
- MIC tak tolak idea kerajaan campuran BN, PH
- 30 Ahli Parlimen BN bermesyuarat hari ini – Ahmad Maslan
- Hanya dewan tertinggi BN boleh buat keputusan – Ismail
- Beri peluang KJ tanding DUN Rantau, jadi ‘poster boy’ MB Negeri Sembilan – Puad
- Kepit payudara, Sharifah Sakinah malukan diri
- Turkiye serang utara Syria
- Tiba-tiba BN jadi ‘king maker’
- Muhyiddin atau Anwar PM?
- Lebih baik BN duduk di blok pembangkang – Shahril
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh
You must be logged in to post a comment.