UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

UMNO memerlukan ‘total reset’ bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti keramat itu susulan kekalahan terburuk Barisan Nasional (BN) pada PRU15 semalam.

Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, musibah yang berlaku itu perlu dilihat oleh setiap individu di dalam parti termasuk, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin, rasa bertanggungjawab adalah perkara paling utama sebelum menyalahkan orang lain atas sesuatu kesilapan.

“Kekalahan BN ini adalah kesalahan dari kita semua, dari peringkat presiden hinggalah ke peringkat bawahan.

“Kesalahan kita kerana tidak bersuara dan menentang ketika sebelum keputusan dibuat malah ada yang diam kerana takut untuk tidak dicalonkan sebagai calon pilihanraya,” katanya menerusi kenyataan di Facebook (FB) rasminya di sini hari ini.

Menurutnya, seluruh keluarga UMNO perlu bermuhasabah dan bukannya meletakkan kekalahan pada PRU15 kepada individu lain tanpa sedikitpun ada rasa tanggungjawab tentang kekalahan diri sendiri.

“Kesalahan ini perlu kita tanggung bersama, sebab itu saya mohon UMNO perlu total reset.

“Dato Seri Presiden, pemimpin, calon-calon yang menang mahupun kalah, akar umbi UMNO, muhasabahlah diri kita,” katanya.

Keputusan PRU15 semalam menyaksikan BN mencatat keputusan terburuk dalam sejarah PRU apabila hanya mendapat 30 kerusi daripada 178 kerusi yang ditandingi.

Malah di Melaka, BN tewas di semua kerusi Parlimen termasuk di kerusi kubu kuat iaitu Jasin dan Masjid Tanah yang dimenangi pada PRU14. MG

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker