Giliran MCA, MIC desak Zahid letak jawatan Pengerusi BN

Parti MCA dan MIC hari ini secara rasmi menyatakan hilang kepercayaan terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selain mendesak agar beliau segera melepaskan jawatan itu.

Dalam kenyataan media berasingan, dua pimpinan kanan parti tersebut berkata, kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum memberi signal yang jelas perlu ada perubahan dari segi struktur pimpinan gabungan itu.

Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, parti itu terkejut dan kecewa atas keputusan Ahmad Zahid menangguhkan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang dijadualkan pada malam ini.

“Pada masa keadaan politik negara masih tidak stabil dan tidak menentu selepas Pilihan raya umum ke-15 baru-baru ini, keperluan Mesyuarat Dewan Tertinggi adalah amat terdesak untuk membincangkan situasi politik terkini dan membuat keputusan Barisan Nasional sebagai satu blok.



“MCA mengambil pendirian yang tegas bahawa tiada mana-mana pihak yang berhak mewakili Barisan Nasional untuk berunding dengan mana-mana parti politik tanpa mandat daripada Dewan Tertinggi Barisan Nasional,” katanya lagi.

Chong selanjutnya berkata, Ahmad Zahid harus segera meletakkan jawatan dengan terhormat supaya seorang pemimpin baharu dapat mengambil alih pucuk pimpinan Barisan Nasional untuk menentukan hala tuju parti.

Pada masa yang sama katanya lagi, MCA berpendapat bahawa pemangku pengerusi Barisan Nasional perlulah memanggil Mesyuarat Dewan Tertinggi dengan kadar segera.

Calon BN bagi kerusi Padang Serai pada PRU15, Datuk Sivaraj Chandran menjadi pemimpin MIC yang pertama menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai Presiden BN.



Beliau berkata, walaupun kedua-dua mereka mempunyai hubungan yang baik dalam dunia politik, tetapi keputusan pilihan raya ini jelas membawa mesej agar beliau perlu membenarkan pemimpin lain untuk mengemudi jentera parti itu.

“Lakukan apa yang terbaik demi parti, Datuk Seri,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Pada PRU15 ini, kerusi Parlimen Padang Serai menyaksikan persaingan enam penjuru dengan calon dari Barisan Nasional, Datuk Sivaraj Chandran, Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan) dan Amanda AK dari bebas.

Sivarraajh juga menaikkan status terkini di Facebooknya yang bertulis: “Payah nak berkata tapi kebenaran harus diluahkan juga.”



Sementara itu Ketua Wanita MIC Datuk Mohana Muniandy berkata, “Anggaplah ini satu pengajaran buat kita semua. Peletakan jawatan ini juga untuk memberi laluan kepada pimpinan lain yang mampu membawa perubahan jika tidak mahu berdepan dengan penolakan lebih teruk pada masa hadapan.

“Saya mohon sangat dari lubuk hati saya, dengan penuh rasa hormat supaya Pengerusi BN untuk meletak jawatan. Inilah yang juga dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak telah berjiwa besar dengan meletak jawatan sebagai Presiden pada 2018,” katanya.

Tegas Mohana lagi, Ahmad Zahid perlu mengambil tanggungjawab penuh kerana bertindak menukar 10 calon BN yang mempunyai kekuataan undi putih sehingga menyebabkan kekalahan begitu teruk semalam.

“Tindakan ini juga telah menyebabkan kita kalah dengan begitu teruk walhal calon-calon ini merupakan antara yang mampu memberikan kita kemenangan pada PRU15 ini.

“Rata-rata kekecewaan akar umbi dan umbi dengan tindakan Presiden itu sehingga memboikot dan tidak bersemangat membawa kemenangan untuk BN.

“Tempias itu turut dirasai oleh calon-calon lain kerana jentera tidak dapat bekerja dengan semangat tinggi untuk membawa kemenangan buat BN. Suka atau tidak, ini adalah realiti dan kebenaran pahit,” tegasnya lagi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker