Saya tak makan diherdik – Zaliha

Saya tak makan diherdik – Zaliha

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau menerima kritikan beberapa Ahli Parlimen yang tidak bersetuju keputusan peruntukan berkaitan generasi penamat rokok (GEG) digugurkan.

Zaliha berkata, beliau menerima semua pandangan dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

“Pelbagai rencam perbahasan saya lihat semalam. Kadang-kadang lihat suhu agak panas semalam dalam perbahasan sehingga ada yang membuat provokasi dan mengherdik saya pun ada.

“Tetapi saya okay, saya memang jenis boleh menerima pandangan. Yang penting tak makan diherdik,” katanya semasa menggulung RUU itu di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Zaliha berkata beliau menyedari ramai prihatin dan sayang kepada generasi masa depan berhubung RUU tersebut.

“Ramai kecewa GEG digugurkan. Perlu ingatkan mahu lahirkan generasi tak merokok tetapi sama penting tak lahirkan generasi rasuah, generasi tak sakau dan pemfitnah.

“Tak mahu lahirkan (generasi) yang membuta tuli wala’ kepada pemimpin,” katanya.

Terdahulu, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan menerusi undian suara di Dewan Rakyat.

Seramai 27 Ahli Parlimen membahaskan RUU itu selepas dibentangkan semalam.

Selasa lalu, Zaliha membentangkan RUU itu untuk bacaan kali pertama dengan peruntukan berkaitan GEG digugurkan.

Peruntukan GEG itu melarang penjualan produk tembakau, bahan merokok, merokok produk tembakau dan merokok produk pengganti tembakau bagi orang yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya. Mk

Saya tak makan diherdik – Zaliha

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker