Pas masih kepingin kerjasama UMNO bagi hadapi PRU15

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengakui parti itu masih mengharapkan kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahmad Fadhli berkata, Muafakat Nasional (MN) mampu meneruskan kebersamaan dalam politik antara kedua-dua parti sekali gus memaksimumkan kemenangan dan menafikan penguasaan Pakatan Harapan (PH).

“Bagaimanapun, pendirian pimpinan utama UMNO perlu diambil kira dalam mengatur strategi Pas.

“Justeru saya berpandangan kenyataan terbaharu Datuk Seri (Dr Ahmad Zahid Hamidi) Presiden UMNO merupakan satu kenyataan yang jelas, terang lagi bersuluh berhubung hala tuju kerjasama kedua-dua parti ini menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Fadhli menambah, mesyuarat agung Pas di semua peringkat pada Mei ini harus dijadikan medium untuk jentera parti melontarkan pandangan, seterusnya diambil kira oleh pimpinan tertinggi sebelum merumuskan satu strategi dalam Muktamar Agung Pas Pusat tidak lama lagi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, pendirian parti itu kekal seperti yang diputuskan oleh presiden serta para pemimpin di peringkat Pusat.

Katanya, dasar Pas ialah mahu perpaduan dalam kalangan parti-parti Melayu bagi mewujudkan kestabilan politik dengan dengan mengajak parti yang tidak ekstrem untuk bersama membentuk kerajaan yang stabil.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker