Resepi Sagu Gula Melaka, Guna Rice Cooker

Resepi Sagu Gula Melaka, Guna Rice Cooker

Pasti ramai yang suka makan sagu gula melaka ni kan? Rasa dia sangat berlemak dan sedap. Gabungan sagu, susu cair dan gula yang sangat ‘ngam’!

Boleh guna pelbagai warna untuk membuatkan sagu lebih menarik. Sesuai untuk dibuat jualan, pasti dapat menarik perhatian pelanggan.



Kalau nak buat untuk hidangan petang pun boleh. Anak-anak pasti suka. Cara membuatnya juga sangat mudah, bahan-bahan yang digunakan juga tak banyak. Boleh cuba buat nanti ya.

Bahan-bahan:

4 pot sagu (500g) – tak perlu rendam, kalau nak buat sikit kurangkan kuantiti
2 liter air
Gula melaka
Gula merah
Daun pandan
Sedikit garam
Susu cair

Cara-cara:



1. Didihkan air dalam 2 liter dalam rice cooker atau multifunction cooker.
2. Bila air dah mendidih, masukkan sagu dan kacau sekali sekala sahaja. Kemudian tutup dengan penutup rice cooker. (Guna rice cooker jimat masa, tenaga, tak perlu kacau selalu dan tak risau hangit pada bahagian bawah)

3. Bila sagu dah separuh masak, buka dan kacau lagi. Pada masa ini baru letakkan pewarna pilihan masing-masing. Kacau dan tutup lagi, biar sampai button keep warm tu ‘on’ dan biarkan sehingga semua putih dalam sagu hilang.
4. Sagu akan menjadi sebiji-sebiji. Ambil sedikit sagu, masukkan dalam penapis dan lalukan sekejap di bawah air paip untuk membersihkan sisa kanji, biji-biji hitam dan lendir dalam sagu.
5. Bila dah betul-betul bersih, letakkan sagu dalam bekas bersih. Ketepikan.
6. Masak gula melaka, gula merah, daun pandan, sedikit garam dan air. Masak sampai agak pekat. Nak lagi sedap boleh letak sedikit kabung (jika ada).
7. Ambil sedikit sagu, tuangkan susu cair dan gula tadi secukupnya dalam satu mangkuk. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

Kredit: Mimee Ismaell

Resepi Sagu Gula Melaka, Guna Rice Cooker




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker