Polis cari dua suspek kes pukul guna getah paip

Dua mangsa dipukul turut disaksikan enam individu lain

 Polis sedang mengesan dua suspek yang terbabit dalam kes pukul dua lelaki menggunakan getah paip selain ditendang dalam satu video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, video berdurasi 54 saat itu dipercayai berlaku di kawasan Chow Kit, di ibu negara.

Beliau berkata, kejadian itu turut disaksikan oleh enam individu lain, semalam.

“Isi kandungan video itu didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Satu laporan polis dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menyiasat video berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, siasatan polis akan menjurus kepada individu yang terbabit dalam video berkenaan.

Saya tak ada kaitan audio bocor, boleh dapat video dari Marikh

“Mereka akan dikesan dan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 342 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak berkongsi atau menyebarkan video itu di media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil atau menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Ahli politik jangan berkokok, ekor bergelumang tahi – KPN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker