Suami acu pisau pada isteri gara-gara tak mahu buka puasa bersama bapanya



Sebaran :


Hanya kerana permintaan untuk berbuka puasa bersama bapanya ditolak, seorang lelaki sanggup bertindak di luar kawalan dengan mengacukan sebilah pisau kepada isterinya sendiri.

Kejadian di sebuah rumah di Jalan Pandan Ria 1, Ampang pada Selasa lalu, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamed Farouk Esha.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 25 tahun yang bekerja sebagai peniaga pada keesokan harinya.



“Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, telah berlaku perselisihan faham antara wanita terbabit dengan suaminya dipercayai berpunca daripada keengganan pengadu berbuka puasa bersama-sama dengan bapa mertuanya di luar.

“Akibat tidak berpuas hati dengan perkara itu, suspek mula marah dan bertindak mengambil sebilah pisau di dapur dan mengeluarkan ugutan terhadap pengadu sebelum wanita terbabit melarikan diri.

“Kira-kira pukul 12.20 tengah malam, suspek pulang ke rumah dan masih tidak berpuas hati dengan pengadu lalu bertindak memukul isterinya di bahagian badan dan mengacukan pisau lagi di pinggang wanita itu namun berjaya dihalang oleh adik suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Jelas Mohamed Farouk, pengadu kemudiannya hadir ke balai polis dengan bantuan kereta peronda MPV untuk membuat laporan.

Hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek berang apabila pengadu tidak mahu berbuka puasa di luar bersama dengan bapanya.

“Usaha mengesan suspek masih giat dijalankan,” ujarnya.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah. MG

Isteri cedera dibelasah, bayi dicampak


Sebaran :


Leave a Reply