Pengganas Israel mengaku silap tangkap kanak-kanak bawah umur

Mereka cari sayur-sayuran tapi dituduh curi di pejabat penduduk haram

 Rejim pengganaa Israel mengakui bahawa penahanan lima kanak-kanak Palestin bulan lalu adalah satu kesalahan.

Tindakan menahan tiga daripada kanak-kanak terbabit yang berusia di bawah 12 tahun adalah satu jenayah menurut undang-undang.

Difahamkan, kesemua kanak-kanak berkenaan berusia lapan tahun.

Kanak-kanak lelaki yang ditangkap itu tinggal di perkampungan Palestin di Masafer Yatta dekat Hebron selatan, yang turut menjadi penempatan haram Yahudi.

Surat diterbitkan Haaretz yang ditandatangani penasihat undang-undang Angkatan Pertahanan Israel menyatakan, penahanan kanak-kanak di bawah umur adalah tidak wajar dan mereka tidak perlu bertanggungjawab atas perbuatan jenayah.

KPN : Saya dah bawa perkara ini kepada PM, tapi

Surat itu kemudian diberikan kepada kanak-kanak yang ditahan terbabit.

Sebelum ini, Israel menangkap kanak-kanak itu atas tuduhan mencuri kerana tidak sengaja termasuk ke kawasan pejabat penduduk haram, Havat Ma’on, meskipun niat mereka hanya untuk mencari sayur-sayuran yang digunakan dalam masakan.

Penduduk haram yang ternampak perbuatan kanak-kanak itu melaporkan kepada rejim pengganas Israel.

Penangkapan kanak-kanak yang dilakukan secara kasar itu telah dirakam dan mencetuskan kecaman daripada aktivis dan kumpulan hak asasi manusia. -Agensi

Saya tak ada kaitan audio bocor, boleh dapat video dari Marikh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker