Menyamar anggota penguatkuasa pegang ‘speed traps’, elak pemandu ‘pelesit’

Tangkap layar seorang lelaki menyamar sebagai anggota penguatkuasa dengan memegang alat ‘speed traps’ rekaannya di persimpangan jalan kampung

 

Gelagat seorang lelaki menyamar sebagai anggota penguatkuasa dengan memegang alat ‘speed traps’ rekaannya sendiri telah mencuri tumpuan ramai.

Rakaman yang dikongsikan seorang pengguna media sosial, Fieza Mieza memperlihatkan lelaki berkenaan menggunakan ‘ring light’ dan beberapa barang lain seolah-olah sedang mengesan tahap kelajuan kenderaan yang melalui laluan tersebut.

Menurut Fieza, lelaki tersebut merupakan bapanya dan sanggup bertindak sedemikian disebabkan berang dengan sikap sesetengah pemandu yang membawa kenderaan mereka melebihi had laju ketika melalui kawasan kampung.

“Perangai ayah aku. Ayah buat macam ini, memang banyak kereta bawa perlahan bila nampak,” katanya.

Dalam pada itu, video tersebut menjadi tular sejak kelmarin dan rata-rata orang ramai terhibur dengan gelagat bapanya itu kerana kreatif dalam menangani masalah pemandu tidak berhemah.

Ada juga pengguna yang sempat berseloroh mencadangkan alatan lain bagi lebih menampakkan seperti alat ‘speed traps’ yang sebenar agar dapat mengeliriku pemandu-pemandu berkenaan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker