Tapak Fun Fair di negeri serambi mekah terbakar, pengunjung cemas [VIDEO]

TANAH MERAH:  Pengunjung di sebuah tapak pesta ria  di Bandar Baru Tanah Merah di sini, bertempiaran lari selepas melihat sebuah kontena yang menyimpan peralatan elektronik di kawasan itu terbakar, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu disedari pihak pengurusan selepas melihat kepulan asap dan api yang membakar kontena tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd. Zulkifli Osman berkata,  pihak pengurusan pesta ria itu membuat pencegahan awal dengan mengarahkan semua pengunjung keluar dari kawasan berkenaan untuk menyelamatkan diri.



Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.04 malam sebelum tujuh anggota bomba dan sebuah jentera  ke tapak ekspo itu.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati api sedang marak membakar sebuah kontena yang menempatkan pelbagai barangan elektronik.

“Kesemua barangan tersebut tidak sempat diselamatkan kerana kebakaran berlaku dengan pantas,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.



Mohd. Zulkifli memberitahu, jumlah pengunjung semasa kejadian agak ramai kerana ia malam terakhir penganjuran fun fair itu selepas empat minggu beroperasi di situ.

Katanya, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan pasukan bomba sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung oleh penganjur. – UTUSAN

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker