Komentar: Sektor Pendidikan Negara Hancur Ditangan Radzi Jidin

Komentar: Sektor Pendidikan Negara Hancur Ditangan Radzi Jidin

Bukan sahaja gagal mengenalpasti masalah sebenar pendidikan negara malah hanya melakukan perubahan yang membebani tugas para pendidik dan memeningkan pelajar.

Pemansuhan UPSR dan PT3 yang beralih kepada Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) dibuat oleh Menteri Pendidikan, Radzi Jidin menjadi antara isu utama yang merencatkan proses pendidikan di sekolah dan melemahkan motivasi murid.

Penyelesaian yang diberikan sepatutnya menambahbaik mutu pendidikan tetapi sebaliknya ia terus membebani guru-guru dengan tugas bukan mengajar yang tidak sepatutnya mereka lakukan.

Lebih teruk lagi, pelajar terlibat turut sama terkesan dengan pemansuhan ini, kerana ia kurang memberi penekanan untuk mempersiapkan diri pelajar darjah enam bagi menghadapi sekolah menengah termasuklah pelajar tingkatan tiga yang juga kurang diberi penekanan mempersiapkan diri ke menengah atas.

Ramai guru berpendapat, UPSR dan PT3 dapat memberi motivasi kepada pelajar serta pihak sekolah untuk bertindak secara konkrit bagi mempersiapkan diri untuk ke tahap seterusnya.

Ini kerana peperiksaan merangsang pelajar untuk lebih berusaha, rajin dan fokus.

Selain itu, Radzi juga gagal dalam menangani isu-isu lain dalam pendidikan seperti membiarkan pemeriksaan kitaran haid dan lawak lucah dalam kalangan guru berterusan.

Sebagai seorang menteri yang terkesan dan sensitif terhadap isu berbangkit sepatutnya menunjukkan kepimpinan dalam memastikan sekolah sebagai ruang selamat untuk pelajar dan bukannya mendiamkan diri.

Sektor pendidikan adalah salah satu sektor terpenting negara, jika dibiarkan dipimpin oleh pemimpin yang tidak berkaliber ia mampu merosotkan prestasi pendidikan negara dan lebih kasihan lagi adalah masa depan pelajar yang merupakan peneraju masa depan negara. BNO

Komentar: Sektor Pendidikan Negara Hancur Ditangan Radzi Jidin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker