Kenapa Rafizi Perlu Tunggu Habis PRU-15 Baru Nak Bagi Bukti? – Tengku Zafrul

“Kalau ada bukti pelanggaran, buat laporan kepada SPRM dan kemuka bukti. Kenapa harus tunggu menang PRU.

Kenapa Rafizi Perlu Tunggu Habis PRU-15 Baru Nak Bagi Bukti? – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menyelar tindakan Rafizi Ramli menggunakan isu projek berkaitan Kementerian Alam Sekitar dan Air tanpa berani membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tengku Zafrul berkata, sekiranya benar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai bukti mengenai dakwaannya, dia sepatutnya mengemukakan bukti dan membuat laporan tanpa perlu menunggu sehingga berakhir Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tindakan calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Pandan itu jelas menunjukkan dakwaan tersebut adalah fitnah untuk menyerang parti lawan sepanjang kempen PRU15 berlangsung.

“Kalau ada bukti pelanggaran, buat laporan kepada SPRM dan kemuka bukti. Kenapa harus tunggu menang PRU.

“Semua perolehan dibuat mengikut peraturan sedia ada,” kata Tengku Zafrul dalam ciapan di akaun Twitternya hari ini.

Rafizi pada 11 November lalu tidak menunjukkan sebarang bukti berhubung tuduhannya mengenai penganugerahan projek Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion.

Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membidas tindakan Rafizi yang hanya membuat tuduhan palsu dan menyelewengkan fakta.

“Sidang media yang dibuat oleh Rafizi juga gagal sama sekali mendedahkan bukti keterlibatan saya dalam kelulusan projek termasuk usaha saya atau KASA untuk menganugerahkan projek tersebut ketika kerajaan sementara (caretaker).

“Saya juga telah menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak pernah berjumpa, berunding atau membuat apa-apa tindakan semasa tempoh kerajaan sementara (caretaker) ke arah menganugerahkan projek tersebut,” jelas Tuan Ibrahim.

Dalam pada itu, Zafrul yang juga calon Parlimen Kuala Selangor berkata, surat tuntutan (LOD) juga sudah dihantar kepada Rafizi dan menunggu kes tersebut dibicarakan di mahkamah atau tidak.

“Tuan Ibrahim pun dah serah LOD kepada Rafizi Ramli. Kita tunggu sama ada kes ini dibicarakan di mahkamah atau tidak,” katanya lagi. BNO

Kenapa Rafizi Perlu Tunggu Habis PRU-15 Baru Nak Bagi Bukti? – Tengku Zafrul

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker