Misi balas dendam Malaysia petang ini

SKUAD lelaki negara berpeluang membalas dendam ke atas Indonesia dalam aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada Ahad (4 petang).

Dalam edisi 2020 yang diadakan di Manila, Filipina, Indonesia muncul juara selepas menewaskan Malaysia 3-1 di pentas final.

Kini, Malaysia yang bakal mendapat sokongan padu penyokong sendiri berpeluang melunaskan dendam dua tahun lalu apabila sekali lagi berdepan lawan sama.

Dalam aksi separuh akhir pada Sabtu, Lee Zii Jia berjaya menyumbang mata pertama skuad negara apabila meraih kemenangan 13-21, 21-13, 21-15 ke atas Jeon Hyeok Jin.

Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga memilih jalan sukar sebelum meraih mata kedua ketika berdepan Kim Hwi Tae-Kim Jae Hwan dengan kemenangan 21-14, 20-22, 21-19.

Perseorangan ketiga negara, Ng Tze Yong mengesahkan kemenangan Malaysia selepas menewaskan Kim Joo Wan juga dalam pertarungan tiga 19-21, 21-16, 21-12.

Dalam satu lagi pertembungan separuh akhir, Indonesia menepati ramalan awal mara ke final selepas menewaskan Singapura 3-2.

Juara dunia, Loh Kean Yew menyumbang mata pertama Singapura selepas menewaskan perseorangan utama Indonesia, Dwi Wardoyo Chico Aura 21-17, 21-19.

Indonesia menyamakan kedudukan menerusi gandingan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang mudah menewaskan Wesley Koh-Andy Kwek 21-16, 21-12.

Jason Teh kembali meletakkan Singapura di depan selepas menewaskan Ikhsan Rumbay 18-21, 21-8, 21-9 sebelum Indonesia menyamakan kedudukan apabila gandingan Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana mengatasi Danny Bawa Chrisnanta-Terry Hee 15-21 21-11 21-15.

Christian Adinata akhirnya mengesahkan kemenangan 3-2 Indonesia ke atas selepas menewaskan Joel Koh 21-11, 21-14.

Misi balas dendam Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker