4 sekeluarga ‘mengering’, mati kebuluran
4 sekeluarga ‘mengering’, mati kebuluran
Kematian empat sekeluarga yang jasadnya ‘mengering’ di Perum Citra Garden Extension I, Kalideres di Jakarta Barat dipercayai akibat kebuluran menjadi misteri.
Portal DetikNews melaporkan, spekulasi yang mengatakan keempat-empat mangsa tidak makan dan minum dalam tempoh yang cukup lama sehingga menyebabkan jasad mereka ‘mengering’ tidak dapat dipastikan.
Dalam kejadian itu, mangsa yang mati kebuluran terbabit ialah Rudyanto Gunawan, 71, Renny Margaretha, 68, Budianto Gunawan, 68, dan Dian, 42.
Keempat-empat mangsa ditemukan meninggal dunia di rumah mereka pada Khamis dan dipercayai maut dalam tempoh berlainan sejak tiga minggu lalu.
Polis mengenal pasti punca kematian akibat kebuluran, namun siasatan lanjut dan ujian forensik masih dijalankan.
“Hasil pemeriksaan forensik, perut (setiap mangsa) kosong, tidak ada makanan dan dehidrasi (kekurangan air), jadi otot mereka mengering, jadi kecil. Ia dipercayai kemungkinan kekurangan nutrisi, makanan. Diduga ya,” kata Ketua Polis Jakarta Barat AKP Taufik Ikhsan pada Jumaat.
Adik kepada mangsa Margaretha, Ris Astuti, 64, mempersoalkan kematian mereka akibat kebuluran kerana kakaknya itu boleh menghubunginya jika memang tiada makanan.
“Aneh, saya juga bingung. Kalau dia (kakak) lapar, tidak ada makanan, atau kurang buat makan, boleh hubungi saya,” kata Ris ketika ditemui di Mapolsek Kalideres, pada Sabtu.
Ris berkata, kakaknya itu juga tidaklah termasuk dalam kategori orang susah dan mengakui terkejut dengan kematian kakaknya bersama suami, anak dan ipar.
“Biasa saja (dari segi tahap ekonomi keluarga mangsa), tiada keluhan atau sebagainya. Istilahnya, standard (dari segi ekonomi keluarga),” katanya.
“(Kakak) dulu jual kuih, suaminya bekerja di pejabat. Kerja di pejabat. Tapi itu dulu, kebelakangan ini kita tak tahu kerana tidak berhubung,” kata Ris lagi.
Menurut Ris, kakaknya tidak pernah meminta bantuan apa pun kepadanya dan tidak mengetahui sekiranya keluarga kakaknya terbeban masalah hutang sehingga mengalami masalah kewangan untuk mendapatkan makanan.
“Tidak (meminta bantuan), malah dia (kakak) yang sering membantu. Makanan, pakaian,” katanya. HM
4 sekeluarga ‘mengering’, mati kebuluran
Baca Artikel Menarik:
- BAS pelajar UPSI terbabas jatuh cerun bukit [VIDEO]
- GTA nampak tidak dapat sambutan sebab tiada duit untuk buat sepanduk dan bendera – Mahathir
- Suasana tegang apabila calon PH dan PN hampir ‘bercium’ di pasar malam [VIDEO]
- Hajiji bidas Muhyiddin, kami urus politik Sabah ikut cara ‘Sabah’
- Penduduk boikot aktiviti gotong royong Mas Ermieyati
- Menang di Tumpat PAS tak janji tingkatkan kualiti air tapi tawar korban 20 ekor lembu
- Mahathir pergi Sabah kutuk Warisan
- Anwar yang rosakkan negara – Mahathir
- Aaron Carter ditemui mati lemas dalam tab mandi
- Rafizi kata kejutan besar, Tok Mat sahut sebagai cabaran
- Abang Jo bidas Muhyiddin khianat janji, tiada kerjasama selepas PRU-15
- Punca Cleopatra bertanding Parlimen Batu
- Anwar masuk penjara sebab jenayah bukan macam Nelson Mandela
- Bengang dengan A.Aida
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]
Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang
Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]