Najis kucing ada parasit boleh jangkiti janin, wanita hamil perlu waspada

Wanita hamil atau baru mengandung perlu berhati-hati dengan kucing jalanan kerana berisiko dijangkiti parasit Toksoplasmosis Gondii yang dibawa di dalam najis haiwan berkenaan.

Toksoplasmosis boleh menyebabkan kesan teruk kepada bayi dalam kandungan termasuk mengalami penyakit saraf dan mata, keguguran, kematian dan dilahirkan dengan tanda toksoplasmosis kongenital iaitu bentuk kepala yang abnormal sama ada membesar atau mengecil.

Pakar Parasitologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Nur Mahiza Md. Isa berkata, wanita dijangkiti berkemungkinan tidak mengalami simptom namun boleh menjangkiti bayi dengan gejala yang muncul kemudian, seperti kehilangan deria penglihatan, ketidakupayaan mental dan mengalami sawan.

“Kucing memainkan peranan dalam penyebaran toxoplasmosis. Ia dijangkiti daripada aktiviti memakan tikus, burung atau haiwan kecil. Parasit kemudiannya akan terdapat pada najis kucing dalam bentuk mikroskopik oocyts.

“Haiwan ini boleh mengeluaran oocyts pada najis mereka selama tiga minggu selepas jangkitan. Kucing yang dijangkiti Toxoplasma akan meluruhi parasit dalam najis dan mencemari kotak pasir tempat membuang najis. Jika kucing berada di luar, ia boleh mencemari tanah dan air,” katanya.

Di Malaysia, terdapat kes Toxoplasma gondii pada wanita mengandung dilaporkan. Kajian menunjukkan 35 peratus dalam kalangan wanita mengandung, menunjukkan tanda mereka pernah terdedah kepada parasit Toxoplasma gondii.

Di kebanyakan negara, lebih daripada 60 peratus populasi penduduk telah dijangkiti dengan Toxoplasma. Jangkitan lebih tinggi di negara bercuaca panas dan lembab serta altitude rendah.

Punca jangkitan lain
Toksoplasmosis hanya berjangkit melalui ibu kepada anak semasa dalam kandungan, pemindahan darah dan pemindahan organ yang dijangkiti parasit ini. Ia juga boleh dijangkiti melalui pemakanan seperti makanan kurang masak, atau daging yang tercemar terutama babi dan biri-biri.

“Risiko jangkitan boleh berlaku sekiranya makan kerang yang kurang masak atau terkena kontaminasi selepas memegang atau tidak membasuh tangan secara bersih. Pisau, pemotong atau papan potong boleh tercemar dengan parasite ini jika ada kontak dengan daging atau kerang yang mentah. Minum susu kambing yang tidak di proses pasterur juga berisiko dijangkiti,” katanya.

Bagi individu sihat, jangkitan Toksoplasmosis gondii selalunya tidak menunjukkan simptom kerana imun sistem mereka akan menghalang parasit ini.

“Bagaimanapun gejala ringan seperti selsema (bengkak salur nimfa, sakit urat) yang berlarutan selama beberapa minggu atau bulan boleh berlaku dan hilang dengan sendirinya. Parasit masih boleh berada pada badan individu terbabit dalam keadaan yang tidak aktif. Ia hanya akan reaktif apabila imun tertindas berlaku (immunosuprresed) iaitu apabila sistem imun rendah akibat penyakit seperti HIV.

“Kira-kira 20 sehingga 80 peratus bayi yang terkena jangkitan kongenital iaitu semasa dalam kandungan atau selepas kelahiran berisiko mengalami penyakit okular dengan gejala muncul apabila dewasa seperti sakit mata, sensitif pada cahaya dan penglihatan kabur.

“Penyakit mata boleh menjadi aktif beberapa bulan atau tahun kemudian yang akan menyebabkan lagi banyak kerosakan pada retina. Jika ia membabitkan pusat retina, ia boleh menyebabkan seseorang itu buta,” katanya.

Mengesan Toksoplasmosis
Diagnosis toksoplasmosis membabitkan ujian serologi contohnya ujian Immunoglobulin G (IgG) dilakukan untuk menentukan seseorang dijangkiti atau tidak.

“IgM juga digunakan bagi menjangka tempih jangkitan yang kebiasaanya penting untuk wanita mengandung.

“Diagnosis juga boleh dilakukan bagi melihat parasit pada tisu, CSF atau biopsi. Selain itu, molekular teknik juga dilakukan bagi mengesan kehadiran parasit dalam cecair amniotik, yang membantu diagnosis kes transmisi kongenital,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker