Petronas temui minyak di Brazil, satu penemuan paling profilik di dunia

ANAK syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Petróleo Brasil Ltda (PPBL) mengumumkan menemui penemuan minyak pertamanya dalam telaga 4-BRSA-1386D-RJS di lapangan minyak pragaram Sépia.

Telaga itu terletak di Lembangan Santos yang prolifik, kira-kira 250 kilometer (km) dari pantai Rio de Jenerio, pada kedalaman kira-kira 2,000 meter.

Penemuan penting ini dibuat dalam Kawasan Sertaan Bersama Sépia, meliputi kontrak Pemindahan Hak Sépia (ToR) (Petrobras, 100 peratus) dan Kontrak Perkongsian Pengeluaran Lebihan ToR Sépia yang diberikan kepada Petrobras (30 peratus), TotalEnergies (28 peratus) dan PBBL (21 peratus) dengan Pré-Sal Petróleo S.A. (PPSA) sebagai pengurus.



PPBL dan rakan kongsi konsortiumnya memenangi Kontrak Perkongsian Pengeluaran Lebihan ToR Sépia semasa Pusingan Pembidaan Lebihan Pemindahan Hak Kedua Brazil yang diadakan di Rio de Jeneiro pada 2021.

Naib Presiden Penerokaan Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman berkata, pihaknya amat teruja dengan penemuan ini di salah satu lembangan paling prolifik di dunia.

“Petronas dan rakan kongsi akan terus bekerjasama rapat, bersama-sama dengan kerajaan tuan rumah, untuk membuka lebih banyak penciptaan nilai dan pencapaian bersama-sama.

“Petronas juga akan meneruskan usaha penyahkarbon untuk membangunkan lapangan Sépia secara mampan, sambil mengukuhkan portfolio kami di negara ini. Ini selaras dengan strategi pertumbuhan global kami,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]



Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker