Lelaki khianat patahkan bendera BN berjaya ditahan Polis

KULAI – Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai mematahkan bendera kempen BN di Taman Senai Utama, Senai di sini pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, anggota Balai Polis Senai menerima maklumat kejadian tersebut pada jam 12.15 tengah malam sebelum menahan suspek.

“Polis mendapat makluman terdapat seorang lelaki mabuk membuat provokasi dengan mematahkan bendera yang dipasang jentera kempen BN.

“Suspek yang berusia 58 tahun itu diberkas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam pda itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang kelakuan jenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Calon BN bagi kerusi Parlimen Kulai, Chua Jian Boon berkata, suspek turut bertindak memarahi jenteranya yang memasang bahan kempen tersebut.

“Jentera kempen bukan sahaja dimarah dan dihalang malah bendera yang telah dipasang turut ditanggalkan. Enggan terlibat dengan pertikaian tersebut, jentera kami berundur daripada kawasan berkenaan dan membuat laporan polis berhubung gangguan itu.

“Saya amat kesal dengan perbuatan kempen tidak sihat yang tidak sepatutnya berlaku pada masa kini,” katanya ketika dihubungi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker